FOLLOWERS

Thursday 2 December 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : NILAI KETERANGAN !!!!


[1995] 3 MLJ 445
Asiatic Development Bhd & Anor v Balachandar a/l Palanysamy
Case Details:

Malaysia COURT OF APPEAL (KUALA LUMPUR) — CIVIL APPEAL NO
M–02–16–95

Judges SITI NORMA YAAKOB JCA
MAHADEV SHANKAR JCA
ABDUL MALEK J

Date 16 AUGUST 1995
Citation [1995] 3 MLJ 445


Catchwords:

Evidence — Fresh or further evidence — Admission of fresh evidence on appeal — Application to adduce — Evidence not in existence at time of hearing — Whether evidence of opinion admissible — Whether evidence credible and would influence decision .

Bahasa Malaysia Summary:

Pada 8 Mac 1991, suatu kemalangan jalanraya berlaku di Batu 23, Jalan Tebong, Melaka di antara sebuah van dan sebuah motosikal (‘kemalangan itu’). Van itu kepunyaan perayu pertama dan dipandu oleh perayu kedua. Penentang adalah penunggang motosikal berkenaan. Penentang telah memfailkan suatu guaman sivil di Mahkamah Tinggi Melaka. Salah seorang saksi yang dipanggil adalah sarjan yang telah menyiasat kemalangan itu. Dalam keterangannya, beliau mengatakan bahawa beliau menjumpai beberapa kesan calar berhampiran dengan tengah jalan di mana motosikal itu jatuh.

Tetapi semasa pemeriksaan utama dan pemeriksaan balasnya, beliau mengatakan bahawa kesan itu terdapat sebelum kemalangan dan oleh itu tidak diakibatkan oleh kemalangan itu. Mahkamah Tinggi telah memberikan penghakiman pada 24 Disember 1994 dan suatu rayuan telah dibuat ke Mahkamah Rayuan. Pada 25 Januari 1995, perayu kedua telah didakwa di mahkamah majistret kerana memandu tanpa kecermatan dan perhatian yang wajar berkaitan dengan kemalangan itu (‘perbicaraan jenayah itu’). Sarjan yang sama telah memberi keterangan. Peguam perayu mengatakan bahawa semasa pemeriksaan balas, sarjan itu telah memberi keterangan bahawa kesan calar itu diakibatkan oleh kemalangan itu dan bahawa itu bercanggahan dengan keterangannya yang lebih awal. Peguambela perayu memohon untuk mengemukakan keterangan sarjan di dalam perbicaraan jenayah itu sebagai keterangan baru di dalam rayuan ini.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak permohonan itu:

Keterangan sarjan mengenai masa bila kesan calar itu terjadi adalah pendapatnya sendiri dan secara teknikal tidak boleh diterima kerana tiada keterangan untuk menunjukkan bahawa keterangan itu sebenarnya betul. Keterangan itu mungkin boleh diterima kerana ianya tidak boleh didapati semasa perbicaraan sivil. Walau bagaimanapun, kerana keterangan itu tidak mungkin mempengaruhi hakim perbicaraan dan pendapat sarjan itu subjektif yang bermakna bahawa mahkamah perlu membuat keputusannya sendiri, keterangan itu tidak boleh diterima.]
Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. Tq

Nota : Untuk makluman pembaca, MLJ ini adalah dokumen awam dan boleh di akses di laman web badan kehakiman dan buku-buku yang serta disemua perpustakaan awam dan universiti. Paparan ini bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi adalah bagi pedoman kepada semua di samping memberi panduan dan sedikit kefahaman undang-undang kepada semua pihak . MLJ adalah sebahagian dari undang-undang yang digunapakai oleh semua pengamal undang-undang. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR