FOLLOWERS

Sunday 16 January 2011

MALAYAN LAW JOURNAL : KES PERIHAL DAGANGAN !!!!!


[1994] 2 MLJ 23
Tenaga Pharmed Sdn Bhd v Public Prosecutor and other applications
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (SHAH ALAM) — CRIMINAL APPEAL NOS
41–197–92, 41–198–92, 41–199–92 AND 41–335–92

Judges MOHD HISHAMUDIN JC

Date 1 MARCH 1994

Citation [1994] 2 MLJ 23



Catchwords:

Criminal Law — False trade descriptions — Appellant charged with offence under s 3(1)(b) of the Trade Descriptions Act 1972 — Appellants indicated on labels that they were manufacturers of the drugs although they did not make drugs — Appellants had packed and labelled the bottles — Whether they were manufacturers — Trade Descriptions Act 1972 s 3(1)(b)

Criminal Procedure — Trial — Onus of proof — False trade descriptions — Section 4(4) of the Trade Descriptions Act 1972 created an exception under s 3 of the Trade Descriptions Act 1972 — Onus on defence to prove on a balance of probabilities that their act or activity came within the exception — Necessary requirements of s 4(4) of the Trade Descriptions Act 1972 — Trade Descriptions Act 1972 ss 3 & 4(4) — Evidence Act 1950 s 105

Words and Phrases — ‘Manufacturers’ — Control of Drugs and Cosmetics Regulations 1984 reg 2
Words and Phrases — ‘Trade description’ — Trade Descriptions Act 1972 s 4(1)

Bahasa Malaysia Summary:
Perayu telah dituduh untuk suatu kesalahan di bawah s 3(1)(b) Akta Perihal Dagangan 1972 (‘APD itu’) kerana telah menyatakan atas label ubat tertentu bahawa beberapa buah syarikat (‘syarikat itu’) merupakan pengilang ubat itu. Pada permulaan tindakan itu di hadapan majistret, peguambela untuk pihak perayu telah membuat suatu bantahan permulaan, dengan menyatakan bahawa tuduhan itu tidak mendedahkan sebarang kesalahan. Mereka telah berhujah bahawa tidak terdapat salah perihal apabila perayu menyatakan pada label bekas ubat itu bahawa syarikat itu merupakan pengilang ubat itu, kerana walaupun mereka tidak membuat ubat itu, mereka telah memasukkan ubat itu ke dalam botol itu dan melabelkannya, dan menurut pentakrifan di bawah peraturan 2 Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (‘Peraturan itu’), mereka merupakan ‘pengilang’ ubat itu.

Peguambela seterusnya berhujah bahawa, walaupun boleh dianggap bahawa terdapat suatu salah perihal, tetapi, tidak terdapat kesalahan yang telah dilakukan disebabkan s 4(4) APD itu, kerana s 4(4) melindungi perayu daripada didakwa. Mereka berhujah bahawa seksyen ini tidak menganggap perbuatan perayu sebagai perbuatan perihal dagangan palsu. Majistret telah menolak bantahan permulaan itu, tetapi telah membenarkan supaya prosiding digantung sementara menunggu rayuan ini dibuat.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak rayuan itu:

(1) Tidak terdapat bukti yang menunjukkan bahawa syarikat itu telah memasukkan ubat itu ke dalam botol dan telah melabelkan botol itu. Seandainya syarikat itu telah menjalankan aktiviti tersebut, perayu masih tidak boleh mendakwa bahawa syarikat itu merupakan pengilang ubat itu, kerana mereka tidak membuat ubat itu. Sebuah syarikat yang hanya memasukkan ubat yang sedia dibuat ke dalam botol dan kemudiannya melabelkan botol itu sepatutnya disifatkan pada label botol itu sebagai orang yang telah membotol dan melabelkan ubat itu. Ia merupakan suatu perihal palsu untuk menyifatkan syarikat seperti itu sebagai ‘pengilang’. Adalah tidak penting bahawa pentakrifan ‘pengilang’ di dalam Peraturan itu termasuk pembungkusan dan meletakkan label. Perayu tidak berhak bergantung kepada pentakrifan itu bagi tujuan APD itu kerana pentakrifan itu hanyalah bagi tujuanPeraturan itu dan adalah tidak relevan bagi tujuan APD.

(2) Mahkamah telah menolak hujahan peguambela perayu bahawa tidak terdapat kesalahan yang telah dilakukan disebabkan s 4(4) APD itu, kerana s 4(4) melindungi perayu daripada didakwa.

(3) Seksyen 4(4) mewujudkan suatu pengecualian di bawah s 3 APD itu dan ia membenarkan sebarang penggunaan perihal dagangan palsu dengan menyifatnya sebagai tidak merupakan suatu perihal dagangan palsu jika beberapa syarat dipenuhi. Oleh itu, memandangkan s 105 Akta Keterangan 1950, beban terletak pada pihak pembela untuk mengemukakan keterangan untuk membuktikan, atas imbangan kebarangkalian bahawa, perbuatan atau aktiviti perayu jatuh di bawah pengecualian itu. Jika demikian, perkara ini hanya sepatutnya dihujahkan oleh pihak pembela semasa penghujahan selepas pihak pembela telah menutup kesnya, dan mungkin, dalam kes yang luar biasa, semasa penghujahan tidak ada kes untuk dijawab pada penghujung kes pihak pendakwa.

(4) Untuk memenuhi keperluan s 4(4), tiga cabang peruntukan itu mesti dipatuhi. Pertama, bahawa perihal dagangan yang digunakan untuk ubat itu, iaitu, menamakan pengilang ubat itu, dilarang oleh Akta Jualan Dadah 1952 (‘AJD itu’) kecuali di dalam kes di mana perihal dagangan itu digunakan untuk ubat yang mematuhi keperluan AJD itu; kedua, ubat itu mesti mematuhi keperluan AJD itu; dan ketiga, perihal dagangan itu, sebagaimana yang telah digunakan untuk ubat di dalam kes ini, digunakan mengikut keperluan AJD itu. Di dalam kes ini, tidak terdapat apa-apa di dalam AJD itu atau Peraturan itu yang melarang pengunaan sebarang perihal dagangan pada botol ubat yang menyatakan atau menamakan pengilang ubat itu.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam. Ia juga boleh di akses di Laman Web Jabatan Kehakiman. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR