FOLLOWERS

Thursday 20 January 2011

MALAYAN LAW JOURNAL : TUDUHAN BERASINGAN !!!!!


[1995] 2 MLJ 745
Public Prosecutor v Ridzuan Kok bin Abdullah
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (JOHOR BAHRU) — CRIMINAL TRIAL NO
45–16–1993

Judges ABDUL MALIK ISHAK J

Date 27 MARCH 1995
Citation [1995] 2 MLJ 745


Catchwords:

Criminal Procedure — Charge — Joinder of — Two separate charges — Trafficking of drugs and possession of drugs — Alleged offences committed at the same time and same place — Whether distinct offences — Whether same transaction — Whether charges could be tried together — Court’s discretion — Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) s 165(i) — Dangerous Drugs Act 1952 ss 6 & 39B
Facts:

Bahasa Malaysia Summary:

Tertuduh di dalam kes ini telah dipertuduh dengan kesalahan kerana mengedar dadah di bawah s 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (‘ADB’), dan kerana memiliki dadah di bawah s 6 ADM, di bawah dua pertuduhan yang berasingan. Pada permulaan pembicaraan pertuduhan pertama, timbalan pendakwa raya telah memohon kepada mahkamah supaya kedua-dua pertuduhan tersebut dibicarakan bersama, atas alasan bahawa kesalahan-kesalahan yang dinyatakan itu telah dilakukan dalam satu siri perbuatan yang begitu rapat hubungannya sehingga membentuk suatu urus niaga yang sama, oleh kerana kesalahan-kesalahan tersebut dilakukan pada masa dan tempat yang sama.

Walau bagaimanapun, peguambela telah menimbulkan suatu bantahan permulaan, bahawa percantuman pertuduhan tersebut akan mengakibatkan suatu salah laksana keadilan, kerana keterangan yang akan memudaratkan perbicaraan yang adil akan dibawa masuk. Soalan yang perlu dipertimbangkan oleh mahkamah ialah sama ada kedua-dua kesalahan itu boleh dibicarakan bersama atau tidak.

Diputuskan:
Diputuskan, tidak membenarkan bantahan permulaan tersebut:

(1) Sekyen 163 Kanun Prosedur Jenayah (NMB Bab 6) (‘KPJ’) telah memperuntukkan rukun umum bahawa setiap kesalahan berlainan hendaklah dikandung dalam pertuduhan yang berasingan, dan bahawa setiap tertuduh harus dipertuduh dan dibicarakan secara berasingan bagi setiap kesalahan berlainan.

(2) Jika dua atau lebih kesalahan yang berlainan dinyatakan di dalam pertuduhan yang sama, pertuduhan tersebut cacat akibat kependuaan, yang merupakan suatu kepenyalahan undang-undang yang tidak dapat dibetulkan di bawah s 422 KPJ. Maka, sebarang sabitan yang telah dibuat di bawah pertuduhan tersebut tidak dapat dikekalkan.

(3) Walau bagaimanapun, menurut s 165(i) KPJ, dua atau lebih kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh yang sama boleh dibicarakan bersama, jika perbuatan yang telah dilakukan itu adalah begitu berhubungkait hinggakan membentuk urus niaga yang sama. Sebagai suatu panduan, perbuatan-perbuatan tertentu akan membentuk urus niaga yang sama jika terdapat kedekatan masa, kedekatan tempat, keberterusan tindakan dan kesamaan tujuan atau niat di antara kedua-dua kesalahan yang dinyatakan tersebut.

(4) Mahkamah mempunyai budi bicara yang sepenuhnya untuk memutuskan sama ada untuk membenarkan kesalahan tersebut dibicarakan bersama atau tidak, pada masa pertuduhan tersebut dibuat.

(5) Dalam kes ini, mahkamah akan mengarahkan percantuman pertuduhan kerana kedua-dua kesalahan telah dilakukan pada masa dan tempat yang sama, terdapat keberterusan tindakan dan kesamaan tujuan atau niat, dan dengan itu, membentuk urus niaga yang sama. Perbicaraan juga akan dipercepatkan kerana timbalan pendakwa raya akan memanggil saksi yang sama bagi kedua-dua kesalahan tersebut.

] Ali Hussain v Emperor [1933] AIR Cal 308 (refd) Amrita Lal Hazra & Ors v Emperor [1915] 42 Cal 957 (folld) Babulal Chaukhani v King Emperor [1938] AIR PC 130 (folld) Chin Choy v PP [1955] 236 MLJ 236 (folld) Choragudi Venkatadri v Emperor [1910] 33 ILR Mad 502 (refd) Emperor v Sherufalli Allibhoy [1903] 27 ILR Bom 135 (refd) Jagar Singh v PP [1936] MLJ Rep 114 (folld) Krishnaji Anant Dange & Anor v Emperor [1932] AIR Bom 277 (folld) Lim Ong Lum v R [1926] SSLR 152 (folld) Lim Sing Hiaw v PP [1965] 1 MLJ 85 (folld) Muthan v PP [1947] MLJ 86 (folld) Ali & Anor v Sidney Mitchell & Co (a firm) & Ors [1978] 3 All ER 1033 ; [1978] 3 WLR 849 (refd) Sanjiv Ratnappa v Emperor [1932] AIR Bom 545 (refd) Yap Liow Swee v PP [1937] MLJ 225 (folld)

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam dan boleh diakses di laman web jabatan Kehakiman Malaysia. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR