FOLLOWERS

Wednesday 30 March 2011

MALAYAN LAW JOURNAL : KUASA BUDI BICARA HAKIM !!!!


[1996] 3 MLJ 298

Mohamed Anuardin bin Abdul Salam & Anor v Pendakwa Raya

Case Details: Malaysia HIGH COURT (IPOH)

— CRIMINAL APPEAL NO 52–8–1996

Judges KANG HWEE GEE J

Date 24 SEPTEMBER 1996

Citation [1996] 3 MLJ 298


Catchwords:

Criminal Procedure — Trial — Transfer of magistrate — Part-heard case — Exercise of discretion by succeding magistrate to refuse application for trial de novo — Whether decision appealable — Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) s 261

Evidence — Witness — Recalling of — Part-heard case continued before new magistrate — Whether witnesses in concluded voir dire may be resummoned and reheard — Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) s 261(a)

Criminal Procedure — Trial — Trial within a trial — Trial within a trial completed — Whether doctrine of res judicata applies — Main trial later continued before new magistrate — Whether witnesses may be resummoned and reheard by new magistrate


Bahasa Malaysia Summary:

Perayu-perayu membuat rayuan terhadap pelaksanaan kuasa budi bicara oleh hakim mahkamah sesyen di bawah s 261 Kanun Prosedur Jenayah (NMB Bab 6) (‘Kanun tersebut’) dalam membuat perintah bahawa kes terhadap perayu-perayu yang sebahagiannya telah didengar oleh hakim mahkamah sesyen sebelum ini diteruskan oleh beliau dari mana ia ditinggalkan, dan bukan secara de novo.

Kedua-dua perayu telah dipertuduhkan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1961. Perbicaraan telah mencapai tahap di mana pihak pendakwa telah memanggil kira-kira 13 saksi pada masa hakim yang kemudian mengambil alih prosiding. Saksi utama, iaitu pengadu, belum pun selesai memberi keterangan. Perayu-perayu berhujah bahawa: (i) hakim telah dengan salahnya melaksanakan budi bicara dalam tidak mendengar kes secara de novo; dan (ii) setelah membuat keputusan untuk tidak berbuat demikian, beliau telah melakukan kesilapan seterusnya dalam membuat keputusan bahawa perayu-perayu tidak akan dibenarkan menuntut supaya saksi-saksi dalam prosiding voir dire yang lebih awal diperintah untuk hadir di mahkamah dan didengar semula, bertentangan dengan s 261(a) Kanun tersebut, yang mengurniakan hak sedemikian ke atas perayu-perayu. Diputuskan: Diputuskan, menolak kedua-dua rayuan:

(1) Sungguhpun di bawah s 307(i) Kanun tersebut perayu-perayu boleh membuat rayuan terhadap mana-mana penghakiman, hukuman atau perintah yang diumumkan oleh mahkamah rendah, mereka tidak boleh berbuat demikian terhadap suatu perintah yang bersifat prosedur semata-mata (lihat ms 302E–F); PP v Hoo Chang Chwen [1962] MLJ 284 dan PP v RK Menon & Anor [1978] 2 MLJ 152 diikut.

(2) Pelaksanaan budi bicara oleh hakim adalah tentang prosedur dan perintah beliau suatu keputusan prosedur, dan oleh yang demikian tidak boleh dirayu. Pelaksanaan sedemikian, jikapun adalah salah, masih boleh dibangkitkan di rayuan kes yang sebenar. Selanjutnya, jikapun perayu-perayu disabit, tanpa mengira sama ada mereka merayu atau tidak, Mahkamah Tinggi boleh bertindak di bawah s 261(b) Kanun tersebut untuk mengetepikan apa-apa sabitan jika ianya berpendapat hak perayu-perayu telah dijejaskan secara material (lihat ms 303F–G); PP v Raymond Chia Kim Chwee & Anor [1985] 2 MLJ 436 dibeza.

(3) Seksyen 261 Kanun tersebut mengurniakan budi bicara yang sepenuhnya ke atas hakim. Asalkan beliau melaksanakan budi bicara itu secara adil, menurut rukun kemunasabahan dan keadilan dan bukannya menurut pendapat peribadi, Mahkamah Tinggi tidak boleh masuk campur (lihat ms 306B); Oh Keng Seng v PP [1976] 1 MLJ 143 dibeza. (4) Perbicaraan kes secara de novo bukanlah jalan yang paling baik oleh kerana daya ingatan saksi-saksi mungkin telah luput dengan selang selama enam tahun. Ia juga akan memanjangkan perbicaraan dan menambahkan perbelanjaan. Hakim juga merupakan orang yang paling baik untuk menilai arah ke mana perbicaraan harus menuju. Di samping itu, mahkamah juga harus mengambil kira perlindungan sepenuh yang sedia ada kepada perayu-perayu di bawah s 261(a) dan (b) Kanun tersebut (lihat ms 306G–H); Mohamed Idris bin Hj Mohamed Said v R [1949] MLJ 31 tidak diikut.

(5) Hakim yang lebih awal telah pun membuat keputusan dalam voir dire. Tafsiran s 261(a) Kanun tersebut tanpa mengambil kira keputusan yang diambil akan melanggar doktrin res judicata. Walaupun tiada terdapat duluan langsung bahawa ianya terpakai dalam voir dire, oleh kerana keputusan dalam voir dire adalah suatu keputusan yang dihakimi secara autoritatif selepas mendengar pihak-pihak, prinsip ini juga harus terpakai di sini (lihat ms 308A, F–G); Sambasivam v PP [1950] MLJ 145 diikut.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca. MLJ adalah dokumen awam dan ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR