FOLLOWERS

Saturday 16 April 2011

MALAYAN LAW JOURNAL : HAD MASA !!!!!



[1994] 1 MLJ 42

Siang Galau v Ang Wak Hiong

Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KUCHING) —

CIVIL APPEAL NO KG13 OF 1991

Judges CHONG SIEW FAI J

Date 4 SEPTEMBER 1993

Citation [1994] 1 MLJ 42


Catchwords:

Civil Procedure — Appeal — Time — Memorandum of appeal — Time period for filing memorandum of appeal — Appellant represented by counsel — Rules of the High Court 1980 O 55 r 2(4) — Subordinate Courts Rules 1980 O 49 r 2(4)


Bahasa Malaysia Summary:

Di mahkamah majistret, di mana kedua-dua perayu dan responden telah diwakili, pembelaan perayu telah ditolak dan responden telah dibenarkan mencatat penghakiman untuk jumlah sebanyak RM13,228.96 dan ganti rugi yang perlu ditaksir. Dalam rayuan ini, peguambela untuk responden telah membangkitkan suatu perkara permulaan bahawa memorandum rayuan telah difailkan dan sesalinan memorandum rayuan itu telah disampaikan kepada responden di luar had masa, dan alasan tidak diberi untuk kelengahan itu.

Oleh itu, telah dihujahkan bahawa rayuan itu sepatutnya ditolak. Peguambela untuk perayu telah berhujah sebaliknya, dengan menyatakan bahawa memorandum rayuan telah difail dan disampaikan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Isu yang dipertikaikan adalah sama ada kaedah-kaedah itu memerlukan supaya memorandum rayuan itu difail dan disampaikan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penyampaian Borang 141 atas perayu melalui peguamnya.

Diputuskan: Diputuskan, menolak rayuan itu:

Pemasukan A 49 k 2(4) Keadah-Kaedah Mahkamah Rendah 1980 (‘KMR itu’) ke dalam A 55 k 2(4) Keadah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 (‘KMT itu’) dengan jelas melingkungi kesemua perayu selain daripada mereka yang tidak diwakili oleh peguam atau mereka yang miskin. Sekarang, dengan membaca A 55 k 2(1) dan (2) KMT itu bersama dengan A 49 k 2(4) KMR itu, adalah jelas bahawa memorandum rayuan mesti difail dan sesalinannya disampaikan atas responden dalam tempoh 14 hari dari tarikh penyampaian Borang 141 atas seseorang perayu yang diwakili. Oleh itu, memorandum rayuan di dalam kes ini telah difail dan disampaikan di luar had masa.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam. Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR