FOLLOWERS

Monday 18 April 2011

MALAYAN LAW JOURNAL : KEPUNYAAN / PEMILIKAN !!!!!


[1993] 1 MLJ 21

Public Prosecutor v Chieng Ung Kai

Case Details: Malaysia HIGH COURT (SIBU)

— CRIMINAL APPEAL NO 25 OF 1989

Judges ABDUL KADIR SULAIMAN J

Date 6 OCTOBER 1992

Citation [1993] 1 MLJ 21


Catchwords:

Customs and Excise — Possession of uncustomed goods — Customs officer had seized goods on suspicion that customs duties had not been paid — Accused admitted to ownership of goods — Ownership not synonymous with possession — Whether goods are uncustomed goods — Burden on prosecution to prove that goods in question are subject to customs duties — Customs Act 1967 ss 2, 11, 49, 119 & 135(1)(d)

Bahasa Malaysia Summary:

Penentang dan seorang lagi telah didakwa di bawah s 135(1)(3) Akta Kastam 1967 (‘Akta itu’) tetapi telah dibebaskan. Pendakwa raya telah merayu atas alasan bahawa majistret telah salah apabila tidak meminda dakwaan itu kepada suatu di bawah s 135(1)(d) Akta itu memandangkan bahawa dakwaan asal tidak berkuat kuasa lagi. Pentelah memdasarkan perhujahannya atas pengakuan yang dituduh oleh penentang bahawa barang-barang itu adalah kepunyaannya.


Diputuskan: Diputuskan, menolak rayuan itu:

(1) Perkataan keempunyaan tidak merupakan sinonim kepada permilikan. Pengakuan yang dituduh itu dibuat selepas pihak kastam telah merampas barang-barang itu. Pada masa itu barang-barang itu telah berada di bawah kuasa pihak kastam dan dalam keadaan ini, sebelum penentang sampai ketempat itu dan sebelum beliau membuat pengakuan tentang keempunyaan, beliau telah berpisah dengan milikan barang-barang itu. Penentang tidak boleh dikatakan memiliki barang-barang itu pada masa yang penting itu.

(2) Sebelum mempertimbangkan anggapan yang ditimbulkan oleh s 119 Akta itu, yang memindahkan beban membukti kepada penentang, pihak pendakwa terpaksa menunjukkan bahawa barang-barang yang berkenaan itu adalah barang-barang yang belum dibayar duti dan tertakluk kepada duti kastam. Duti kastam hanya dikenakan keatas barang-barang yang diimpot kedalam atau didari Malaysia.

Tidak memadai untuk menunjukkan bahawa barang-barang itu kepunyaan suatu kelas yang dikenakan duti apabila diimpot atau diekspot. Pihak pendakwa terpaksa menunjukbahawa barang-barang yang berkenaan itu telah diimpot kenegara atau sedang diekspot keluar dari negara. Tidak terdapat keterangan sedemikian di dalam kes ini dan tidak terdapat keterangan tentang sebarang perlanggaran Akta itu atau persubsidiari yang telah dibuat dibawahnya yang akan membarang-barang itu barang-barang yang belum dibayar duti.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam dan ia boleh diakses di Laman Wen Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR