FOLLOWERS

Wednesday 27 April 2011

MALAYAN LAW JOURNAL : KES KEMALANGAN : BEBAN BUKTI / LIABILITI/ IMBANGAN KEBERANGKALIAN !!!!!



[1994] 3 MLJ 361
Sundram v Arujunan & Anor
Case Details:

Malaysia SUPREME COURT (KUALA LUMPUR) — CIVIL APPEAL NO
02–200 OF 1991
Judges JEMURI SERJAN (BORNEO) CJ
EDGAR JOSEPH JR SCJ
MOHAMED DZAIDDIN SCJ

Date 11 AUGUST 1994
Citation [1994] 3 MLJ 361


Catchwords:


Tort — Negligence — Causation — Agreement on damages — Effect of — Whether causation remains in issue — Whether court could nevertheless decide on causation and quantum — Whether agreement was binding

Civil Procedure — Appeal — Agreement of counsel on damages in running down action — Whether causation still in issue — Whether trial judge wrong in finding defendant only caused some of injuries — Whether subsequent agreement on damages amounted to waiver of earlier agreement

Civil Procedure — Pleadings — Necessity for express pleadings — Where defendant seeks to lay blame on third party — Defence of bare denial insufficient

Civil Procedure — Parties — Non-joinder of party — Failure to call third party as witness — Whether court could find that third party to blame — Whether breach of natural justice

Evidence — Burden of proof — Fact especially within knowledge of defendant — Whether defendant bears evidential burden — Prima facie case — Effect of defendant’s failure to give evidence — Evidence Act 1950 s 106

Civil Procedure — Appeal — Inferences of fact — Interference by appellate court — Inferences against weight of evidence

Bahasa Malaysia Summary:


Perayu telah membuat rayuan terhadap keputusan hakim perbicaraan mengenai penyebaban dan membuat penghujahan bahawa oleh kerana pihak-pihak itu telah bersetuju tentang jumlah ganti rugi atas dasar liabiliti 100% di dalam persetujuan pertama, mahkamah tidak seharusnya bercampur tangan untuk mengubahnya. Responden, bagaimanapun, menegaskan bahawa persetujuan kedua merupakan suatu penepian persetujuan pertama itu.

Diputuskan:
Diputuskan oleh majoriti, membenarkan rayuan itu (Mohamed Dzaiddin HMA bertentangan):

(1) Disebabkan persetujuan pertama dan persetujuan tentang laporan perubatan perayu yang meliputi kesemua kecederannya, peguambela responden telah membuat representasi kepada mahkamah dan peguambela penentangnya bahawa penyebaban tidak lagi dipersoalkan. Bergantung kepada representasi tersebut, peguambela perayu telah didorong supaya tidak memanggil pembuat laporan perubatan itu. Oleh demikian, peguambela responden diikat oleh persetujuan itu dan tidak seharusnya dibenarkan menarik diri daripadanya.

(2) Persetujuan kedua itu telah akibatkan oleh keputusan hakim mengenai penyebaban dan bertujuan untuk melepaskan hakim daripada tugas mentaksirkan ganti rugi untuk kecederaan pada kaki perayu itu. Ia tidak merupakan suatu penepian persetujuan pertama kerana tidak terdapat niat untuk mengetepikannya.

(3) Penafian tentang penyebabab berkenaan dengan kecederaan pada kepala perayu itu tidak mengandungi butir-butir yang mencukupi di dalam pembelaan responden. Jika seseorang defendan ingin menyalahkan suatu pihak ketiga, beliau sepatutnya menyatakannya sebagai suatu pli spesifik dan bukan hanya menafikan kecuaian kerana plaintif mungkin terkejut. Di dalam kes ini, peguambela perayu telah menganggap bahawa penyebaban tidak lagi dipersoalkan dan terkejut apabila ia ditimbulkan.

(4) Penjelasan mengenai kegagalan untuk memanggil penunggang motosikal yang lain itu tidak diberikan. Oleh itu, terdapat suatu pelanggaran keadilan asasi apabila hakim telah memutuskan bahawa kecederaan pada kepala perayu adalah suatu akibat langsung daripada perlanggaran pertama kerana penunggang motosikal yang lain itu tidak diberikan peluang untuk didengar.

(5) Tidak terdapat keterangan untuk membuat inferens, sebagai suatu perkara yang mempunyai kebarangkalian yang munasabah, bahawa perayu telah mengalami kecederaan pada kepalanya apabila beliau jatuh selepas perlanggaran pertama. Sebaliknya, terdapat keterangan bahawa responden pertama telah berlanggar dengan perayu semasa beliau terlantar atas jalan dan boleh dibuat inferens bahawa kedua-dua kecederaan pada kaki dan kepalanya adalah akibat perlanggaran kedua itu.

(6) Sebaik sahaja perayu dapat menunjukkan bahawa kereta responden telah berlanggar dengannya, terdapat suatu kes prima facie bahawa semua kecederaan beliau telah diakibatkan oleh perlanggaran tersebut. Beban membukti dari segi keterangan telah beralih kepada responden pertama di bawah s 106 Akta Keterangan 1950 untuk menunjukkan bahawa hanya kecederaan pada kaki perayu telah diakibatkan olehnya kerana itu merupakan suatu fakta yang diketahui khas oleh beliau. Seseorang defendan berhak di sisi undang-undang untuk memilih supaya tidak memberi keterangan tetapi membuat pilihan itu pada risikonya sendiri. Dengan memilih supaya tidak memberi keterangan, responden telah gagal mematahkan kes prima facie itu.

(7) Oleh yang demikian, keputusan hakim perbicaraan mengenai penyebaban adalah bertentangan dengan beratnya keterangan yang ada dan, oleh kerana keputusan itu tidak berdasarkan atas fakta spesifik tetapi atas inferens yang dibuat daripada fakta yang diakui atau tidak dipertikaikan, keputusan itu diakaskan.

(8) Mahkamah telah mengawardkan ganti rugi am sebanyak RM150,000 untuk semua kecederaan dengan faedah 8% setahun dari 25 Ogos 1986 ke tarikh penghakiman; RM18,209.40 untuk kehilangan mata pencarian sebelum perbicaraan dengan faedah 4% setahun dari tarikh kemalangan ke tarikh penghakiman; RM13,000 sebagai kehilangan mata pencarian selepas perbicaraan; RM23,400 untuk jagaan kejururawatan sebelum perbicaraan, dengan faedah 4% setahun dari tarikh kemalangan ke tarikh penghakiman; dan RM12,780 untuk jagaan kejururawatan selepas perbicaraan.

(9) (Oleh Mohamed Dzaiddin HMA (bertentangan) Di dalam kes perlanggaran, adalah menjadi amalan yang diiktirafkan untuk peguambela mencapai persetujuan tentang jumlah atau liabiliti sebelum perbicaraan untuk menjimatkan masa dan perbelanjaan. Akan tetapi, apa yang dipersetujui sebagai ganti rugi masih tertakluk kepada soal liabiliti. Beban untuk membuktikan penyebaban selalu terletak atas plaintif, dan perayu di dalam kes ini mesti membuktikan atas imbangan kebarangkalian bahawa responden pertamalah yang telah menyebabkan kesemua kecederaannya.

(10) (Oleh Mohamed Dzaiddin HMA) Hakim perbicaraan adalah betul dalam keputusannya bahawa responden pertama hanya bertanggungjawab atas kecederaan pada kaki perayu kerana tidak ada keterangan yang menunjukkan bahawa kecuaian responden pertama telah menyebabkan kesemua kecederaan perayu. Perayu telah gagal membuktikan pada imbangan kebarangkalian bahawa kecederaannya yang lain telah disebebkan oleh kecuaian responden pertama. Oleh yang demikian, rayuan itu seharusnya ditolak.

Penghuni Gua
: Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam dan ia boleh diakses di laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR