FOLLOWERS

Thursday 26 May 2011

MALAYAN LAW JOURNAL :KES PERTIKAIAN SEWA BELI !!!!

[1994] 2 MLJ 456
Heng Long Motor Trading Co v Osman bin Abdullah
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KUCHING) — CIVIL APPEAL NO KG16 OF 1993/I

Judges CHONG SIEW FAI J
Date 16 APRIL 1994
Citation [1994] 2 MLJ 456

Catchwords:

Contract — Sale of goods — Hire purchase — Whether agreement was a contract for sale of goods or hire-purchase agreement — Whether contract was between seller and buyer or seller and hire-purchase company — Whether seller liable to buyer or hire-purchase company for breach of condition

Contract — Sale of goods — Conditions and warranties — Implied warranty of quiet possession — Goods seized by Customs Department as material evidence in customs case — Whether seller had breached implied warranty — Sale of Goods Act 1979 (UK) s 12(2)(b)

Civil Law Act — English law — Applicability of English law in Sarawak in 1983 — Sale of goods — Whether Sale of Goods Act 1957 (West Malaysia) applicable or Sale of Goods Act 1893 or 1979 (UK) applicable — Civil Law Act 1956 s 5(2) — Sale of Goods Act 1957 (West Malaysia) — Sale of Goods Act 1893 and 1979 (UK)
Bahasa Malaysia Summary:

Responden (‘pelanggan itu’), telah membeli sebuah van daripada perayu (‘peniaga itu’) untuk RM13,500 pada tahun 1983. Pelanggan itu telah membayar deposit sebanyak RM5,500 dan baki sebanyak RM8,000 telah dibiayai oleh Affin Credit (M) Sdn Bhd (‘syarikat kewangan itu’), yang merupakan plaintif kedua di perbicaraan pertama. Pelanggan itu telah mengikat suatu perjanjian sewa-beli dengan syarikat kewangan itu dan, apabila sewa dan bayaran tempoh di bawah perjanjian sewa-beli itu telah dibayar dengan penuh, kad pendaftaran van itu telah dikembalikan kepada pelanggan itu.

Bagaimana pun, pada 13 Mei 1985, van itu telah dirampas oleh Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Kuching atas alasan bahawa ianya merupakan keterangan material di dalam suatu kes kastam mengenai pengimportannya yang sedang disiasat. Pelanggan dan syarikat kewangan itu kemudiannya telah membawa suatu tindakan terhadap peniaga itu kerana memungkiri syarat tersirat mengenai hak peniaga itu untuk menjual dan memberi milikan dan kegunaan serta manfaat tunggal dan eksklusif kepada van itu.
Majistret perbicaraan telah menolak tuntutan syarikat kewangan itu atas alasan bahawa ianya tidak mengalami apa-apa kerugian kerana ia telahpun dibayar oleh pelanggan itu. Berkenaan dengan pelanggan itu pula, beliau memutuskan bahawa:

(i) terdapat suatu perjanjian jualbeli, walaupun ianya tidak bertulis, di antara pelanggan dan peniaga itu, yang tidak dibatalkan oleh perjanjian sewa-beli itu; dan

(ii) pada pihak peniaga itu, terdapat suatu kemungkiran waranti tersirat mengenai milikan aman barangan itu kerana penyitaan van itu dan juga suatu kemungkiran waranti tersirat kebebasan barangan itu daripada sebarang gadaian atau bebanan yang memihak kepada sebarang pihak ketiga kerana pelanggan itu terpaksa membayar Jabatan Kastam dan Eksais jumlah sebanyak RM500 untuk membeli semula van itu di bawah s 115(1)(b) Akta Kastam 1967. Majistret itu telah mengaward jumlah RM10,811.10 kepada pelanggan itu terhadap peniaga itu dengan kos. Peniaga itu telah membuat rayuan.

Soalan utama di hadapan mahkamah adalah sama ada majistret itu berjustifikasi apabila membuat keputusan bahawa terdapat suatu jualan van itu oleh peniaga itu kepada pelanggan itu sebelum perjanjian sewa-beli itu diikat di antara pelanggan dan syarikat kewangan itu.
Diputuskan:
Diputuskan, menolak rayuan itu:

(1) Daripada keterangan yang ada, ini tidak merupakan suatu kes di mana syarikat kewangan itu telah membeli van itu dengan membayar harga penuh kepada peniaga itu dan menyewanya secara sewa-beli kepada pelanggan itu tetapi ianya merupakan suatu kes di mana pelanggan itu, selepas membayar deposit, tidak mampu membayar baki harga van itu dengan sendirinya dan terpaksa mendapatkan suatu pinjaman daripada syarikat kewangan itu untuk belian tersebut. Oleh itu, terdapat justifikasi yang lebih daripada mencukupi untuk membolehkan majistret itu memutuskan bahawa terdapat suatu jualan van itu oleh peniaga itu kepada pelanggan itu sebelum perjanjian sewa-beli itu diikat dengan syarikat kewangan itu.

(2) Berdasarkan keputusan bahawa terdapat suatu jualan van itu oleh plicable in Sarawak for the purpose of this case was the UK Sale of Goods Act 1979 and not s 12 of the UK Sale of Goods Act 1893 or s 14 of the Sale of Goods Act 1957 (West Malaysia).

Penghuni Gua
: Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam. Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq

1 comment:

  1. En Osman tersilap, Sepatutnya Osman bin Abdullah v Affin Credit (M) Sdn Bhd bolehla guna HP act bukannya sale of Goods act. Itu pun kalau kereta tersebut masih dalam sewa belila .

    ReplyDelete

PETA PELAYAR