FOLLOWERS

Tuesday 23 August 2011

Kebebasan Hak Asasi Mencabuli Prinsip Agama Islam Wajar Ditepis : Dr Shamrahayu A Aziz UIAM !!!!





Kebebasan hak asasi mencabuli prinsip agama Islam wajar ditepis



SATU demi satu isu berkaitan agama dan moral timbul di negara ini. Pembaca sudah tentu mengikuti berita mengenai perkahwinan sejenis dan juga kebebasan beragama yang menjadi topik utama dalam akhbar cetak dan internet.

Saya sudah beberapa kali menulis mengenai isu ini. Namun saya tidak dapat mengelak daripada terus menulis mengenai perkara ini kerana ia berterusan dijadikan perkara sensasi dan tekanan ke atas agama negara dan amalan kemoralan di negara ini. Di mata Barat, Malaysia dituduh tidak mengamal hak asasi kerana meletakkan sekatan tertentu berkaitan kebebasan beragama dan kemoralan. Dua perkara ini sebenarnya sentiasa dijadikan asas tekanan kepada semua negara Islam, termasuk Malaysia. Asas hak asasi tajaan Barat dijadikan kayu pengukurnya. Ini adakalanya mendapat sokongan orang kita sendiri yang mementingkan kebebasan diri yang didorong nafsu mementingkan dan bebas daripada ikatan agama. Tuduhan ke atas Malaysia bukan saja datang daripada mereka yang menggunakan platform ‘pejuang’ hak asasi, tetapi juga daripada kalangan akademik yang mempercayai kebebasan tanpa sempadan. Dalam seminar antarabangsa yang pernah saya hadiri, banyak persoalan yang dikemukakan berkisar kepada dua perkara ini, terutama kes murtad dan homoseksual.

Mereka mempersoalkan undang-undang jenayah syariah dan sekatan yang dibenarkan Perlembagaan Persekutuan. Walaupun penerangan mengenai undang-undang, sejarah, nilai amalan, budaya dan prinsip negara disampaikan dengan jelas, kebanyakan mereka enggan menerima dan memahaminya. Atas apa alasan keengganannya saya pasti pembaca boleh fikirkannya.

Pada pengamatan saya, mereka enggan menerima kedudukan agama Islam sebagai antara sumber perundangan dan cara hidup masyarakat kita dan seterusnya mereka cuba menjadikan prinsip agama dan kemoralan Islam sebagai sasaran. Mereka mengatakan kita tidak mengikut piawaian antarabangsa berkaitan hak asasi.

Alasan ini sebenarnya tidak berasas. Selain daripada beberapa kelemahan teknikal dalam proses menggubal, prinsip hak asasi di dalam deklarasi antarabangsa berkaitan kedua-dua perkara ini memberikan ruang yang memadai kepada negara untuk mengambil kira kedudukan amalan dan budaya masing-masing dalam menentukan tahap amalannya.
Jika kita lihat keputusan berkaitan agama dan kemoralan yang diputuskan oleh European Courts of Human Rights, ia banyak memberikan kebebasan kepada negara untuk membuat undang-undang berkaitan kedua-dua perkara berkenaan.

Sebagai contoh, dalam kes dari Austria berkaitan penghinaan agama, mahkamah itu memberikan Kerajaan Austria kebebasan menentukan undang-undang mereka. Undang-undang negara Austria yang menyekat penayangan filem berunsur penghinaan terhadap agama sudah diisytiharkan baik, walaupun undang-undang itu menyekat kebebasan bersuara.

Walaupun keputusan mahkamah Eropah ini tidak mengikat negara kita, iktibar yang dapat kita ambil ialah mahkamah memberikan kepada negara untuk membentuk undang-undang yang boleh diterima oleh penduduk negara berkenaan – menurut nilai yang diterima masyarakat.

Secara prinsipnya, masyarakat haruslah boleh diterima oleh masyarakat. Undang-undang yang berkesan ialah undang-undang yang tidak asing atau tidak jauh menyimpang daripada nilai, amalan dan budaya masyarakat. Oleh itu, dalam membentuk apa juga undang-undang, termasuk undang-undang berkaitan agama dan kemoralan, ia hendaklah sinonim dengan nilai, amalan dan budaya negara.

Cubaan seorang paderi untuk melangsungkan perkahwinan sejenis di negara ini, yang diketahuinya tidak mengiktiraf perkahwinan sejenis adalah mencabar kedaulatan undang-undang negara kita.

Perbuatan seperti ini menghina prinsip negara yang disandarkan kepada kedudukan agama Islam sebagai agama bagi negara. Ia juga mengaibkan Rukun Negara, terutama prinsip pertama dan prinsip terakhir, iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan dan Kesopanan dan Kesusilaan.

Cubaan itu juga meremehkan kedudukan undang-undang kita. Akta Pembaharuan (Perkahwinan dan Perceraian) yang memperjelaskan bahawa perkahwinan hendaklah sentiasa membabitkan lelaki dan perempuan.

Selain itu, Kanun Keseksaan juga mempunyai peruntukan yang menjenayahkan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii (seksyen 377A). Dalam peruntukan lain, Kanun Keseksaan juga menjenayahkan perlakuan yang melanggar kesopanan, iaitu kelucahan melampau sama ada di tempat awam atau di tempat persendirian (seksyen 377D).

Kesalahan ini bukan kesalahan baru, ia diambil daripada Kanun Keseksaan India yang didasarkan kepada undang-undang British yang dahulunya disandarkan kepada ajaran agama Kristian. Walaupun kesalahan sebegini agak sukar untuk dibuktikan di mahkamah ekoran daripada kerahsiaan di dalam perlakuannya, ia menunjukkan bahawa undang-undang negara tidak mengiktiraf perlakuan sebegini.

Mengenai kebebasan beragama, terutama kebebasan untuk menukar agama dan mengembangkan agama, ia sudah jelas dan saya fikir pembaca sudah amat maklum mengenainya. Saya tidak perlu memanjangkan hujah mengenai ini, cukuplah sekadar disebut mengenai kedudukan Islam sebagai agama negara dan kedudukan jenayah syariah yang sudah bersemi di dalam sistem perundangan negara.

Penulis ialah Profesor Madya Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).


Penghuni Gua
: PG kirim salam pada SUHAKAM . Boleh jalan dan boleh blah!!!!!!!! Buat habis ke boreh aje. Tak perlu komen panjang-panjang. Habiskan boreh aje !!!!

6 comments:

  1. keh keh keh!
    bulan puasa ni nak pahala,
    kalau nak pahala berganda banyak,
    pergi ke masjid dan naik mimbar,
    bertepek sekuat hati atas mimbar,
    ketika orang tengah tunggu nak solat isyak,
    "UMNOOOOOOO PENIPUUUU! ORANG MELAYU DITIPU UMNO!"
    Tiga kali ucap tanpa henti.

    UMNO bukan sahaja melanggar hak asasi manusia, bahkan prinsip-prinsip asas Islam. nak perkambing hitamkan SUHAKAM pula.

    ReplyDelete
  2. Setakat ayat2 dr Asuhcirit Pro-PISSer Shame'r'-u aka Prof Kangkung & Bayam yg makan gaji ni takyah dengo la... buat berbulu telinge aku je!

    PG Hindu anak Omar... taknak komen ke ape yg KhirToyol ulas dalam blog dia? Ade 3 ekor Menteri yg berkonspirasi nak memastikan beliau dihukum! Dalam UMNgOk Be-eNd ade ke sifat2 ni???

    Bukan takat ade... sejak dlm perut ibu lagi, sifat2 mcm ni dah ade dlm darah daging puak2 UMNgOk Be-eNd!

    PeningPilKuda... UMNgOk Be-eNd memang mcm tu! Asalkan utk diorang... sume dilanggarnya, halal-haram tolak tepi. Yg lebih penting perut tembolok dan kuasa!

    UMNgOk Be-eNd suka teriak HIDUP MELAYU.... pertahan TANAH AIR TERCINTA... pastu bagi IC dan warganegara kat penjenayah Indon, perogol Bangla, pelacur Cina, samseng India, kutu-rayau Kemboja... demi undi dan kuasa!

    Lihat Pengundi sume... JOM BERUBAH, dah 54 tahun dah!

    ReplyDelete
  3. Tu la... dok amalkan Perlembagaan yg digubal dek penjajah... Lord Reid!

    Ade undang2 Islam... HUDUD taknak pakai! Bile kerajaan negeri nak laksanakan... CheDet siap ugut lagi...bertentangan dgn Perlembagaan Persekutuan Lord Reid - walaupun istihar Malaysia negara Islam....apa punya HAPRAK KERAjaan akrg!

    ReplyDelete
  4. Betul..betul semua, yang bodoh lagi dungu memang semua orang Melayu PAS, Melayu PKR dan Melayu UMNO he he he

    ReplyDelete
  5. betul tu snon 0329, mereka ini minum kencing lelski y bsnysk sangat. kah kah kah kah

    ReplyDelete
  6. Melayu UMNgOk bukan setakat minum kencing... makan taik lagi dari sume pemimpin lelaki UMNgOk Be-eNd dari A sampai Z selama 54 tahun sebab tu TOTOK dan BoNgok!

    ReplyDelete

PETA PELAYAR