FOLLOWERS

Thursday 18 August 2011

KITA TAK PERNAH KACAU HAK AGAMA LAIN !!!!!






BRUSSELS: Seorang ahli perniagaan Perancis semalam membayar denda dua wanita di sini kerana memakai pakaian menutup seluruh tubuh dan mendedahkan rancangan menyaman Belgium dan Perancis di mahkamah kerana menguatkuasakan undang-undang mengharamkan pemakaian niqab dan burqa.

Ejen hartanah, Rachid Nekkaz membentuk dana 1 juta euro (RM4.3 juta) untuk membayar denda terhadap wanita Islam terbabit yang didenda 50 euro (RM215) seorang. “Perancis dan Belgium memutuskan untuk menghalang kebebasan wanita memakai apa yang mereka mahu,” katanya kepada wartawan di luar pejabat perbandaran di sini, disaksikan dua wanita berkenaan. “Saya beranggapan adalah tidak boleh diterima kerajaan Eropah mengadakan undian bagi meluluskan undang-undang yang tidak menghormati hak individu,” katanya.

Undang-undang Belgium mengharamkan sebarang penutup muka di khlayak ramai mula berkuat kuasa bulan lalu manakala Perancis adalah negara pertama memperkenalkan larangan itu, April lalu. – Reuters

Penghuni Gua
: Kita Melayu Islam tak pernah kacau hak orang. Jadi jangan ada bukan Islam lain kacau hak kita.


2. Masalahnya juga, ada Melayu Islam kerana satu undi politik sanggup lacurkan agama dan bangsa sendiri.

3. Fikirkan pengundi muda. Andalah yang akan mewariskan negar ini. Jangan salah pilih. Andalah yang menanggung akibatnya. Kami dah tak lama untuk menetap dan hidup di negar ini. Buat pilihan bijak untuk masa depan anak dan cucu kita. Kalau ada kesilapan kerajaan, jangan kita bakar kelambunya. Tetapi baiki secara beransur-ansur. Tak ada yang sempurna pun dalam dunia ini. Jangan dok dengar janji kosong.

4. Berjanji memang sedap. Apatah lagi jika kita tak ada kuasa dan tanggungjawab. Matahari pun kita boleh janji untuk diberikan.

5. Tapi boleh ke ? Satu lagi : Yang pandai berjanji dan bercakap ini kebanyakkannya buat kerja tak pandai dan dungu. Hanya pandai cakap dan kritik aje. Perlaksanaannya hampas.

6. Tak gitu ?

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR