FOLLOWERS

Tuesday 2 August 2011

MEMBAZIR AJE !!!!!!!!!!!!!!






PUTRAJAYA 1 Ogos - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini memutuskan untuk membebaskan lapan pegawai Jabatan Imigresen yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun lalu kerana disyaki terlibat dengan sindiket penyeludupan manusia.

Beliau berkata, pembebasan lapan pegawai terbabit dilakukan secara berperingkat dan untuk permulaan tiga daripada mereka dibebaskan esok manakala selebihnya dalam masa terdekat.

Katanya, keputusan tersebut diambil selepas kementerian mendapati mereka menunjukkan kesedaran dan keinsafan di atas kesilapan yang dilakukan selain berjanji tidak mengulanginya lagi. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: Dah nak lepaskan mereka , baik jangan ditangkap. Buat letih dan buat penat aje. Membazir.

2. Lepas ini tangkapan di bawah ISA hanya akan diketawakan orang aje. Buat rasuah dan perdagangkan orang hanya tangkap dan tahan 60 hari kemudian di bebaskan. Senangnya hukuman. Kerana jenayah pemerdagangan oranglah maka Malaysia berada ditahap paling buruk diperingkat antara bangsa.

3. Alih-alih, bila kerajaan dan polis dah mengambil tindakan tegas, senang aje pak menteri membebaskan mereka ini.

4. Apa signifikannya tangkapan dan tahanan dibawah ISA ini kalau tangkap hanya untuk dilepaskan? Jom kita ketawa ramai-ramai pada Pak Menteri !!!!!!!! Kah kah kah kah kah kah kah !!!!!!!Kah kah kah kah !!!!!!!!!!!!!!!!!

7 comments:

  1. 8 orang pegawai ni ada anak bini tak yang nak kena tanggung? ada ibu dan ayah yang masih hidup tak? ada adik beradik yang masih belajar yang kena tanggung tak? mereka dah akui kesalahan dan insaf..itulah yang terbaik.sedangkan ALLAH pun mengampunkan umatnya.wajarlah mereka menjalani kehidupan seperti biasa semula.tindakan melepaskan mereka bukan kerena tidak tegas, tapi tindakan yang berperikemanusian.

    ReplyDelete
  2. FIKIR DULU BARU BUAT JENAYAH. KENAPA BARU NAK FIKIR ANAK BINI BILA KENA TANGKAP. BERANI BUAT BERANILAH TANGGUNG. MEREKA INI PENJAHANAM NEGARA

    ReplyDelete
  3. antara menteri paling lawak dalam sejarah Tanah Melayu....cium keris lepas tu menyesal....!

    ReplyDelete
  4. Allah SWT ampunkan atas sifat Allah SWT, jangan kaitakan dengan masnuksia biasa. Begitulah manuksuia ni bila terjebak ramai pihak dipersalahkan kadang2 menyesali kepada Allah SWT kerana kononnya tidak menyebelahinya. Terlepas ok aku senang, terkantoi faham2lah...

    P5B...

    ReplyDelete
  5. macam experiment waktu form1 dulu. subject alam manusia, tangkap,tanda,lepas, tangkap tanda lepas, lepas terus,
    baru tau nak kira populasi serangga kat satu kawasan,

    ReplyDelete
  6. Ni mesti taknak rahsia seludup PATI yg bakal dijadikan pengundi hantu terbongkar...

    Dah takde cari lain nak menang...
    Lihat la Pengundi sume... sanggup kah?

    ReplyDelete
  7. Tangkap ... lepas ... tahanan ISA ni bukan baru.

    Dulu ... LKS + PuSing and the geng ... pun kena tangkamp... kemudian lepas ... biasa lah tu.

    Atau ... menteri Amaran ... nak tunjuk dia sangat baik ... supaya jadi Menteri lagi lepas PRU13 ?

    ReplyDelete

PETA PELAYAR