FOLLOWERS

Wednesday 19 October 2011

FLIP FLOP PAS !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!







Keputusan politik’ ini memang dijangka.Mesyuarat Biro Politik PAS Selasa malam buat keputusan parti itu tidak akan sertai Himpunan Sejuta Umat anti-murtad di Stadium Shah Alam Sabtu ini.

Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang dalam satu kenyataan memberi alasan keputusan itu dibuat kerana ia dimaklumkan bahawa majlis ini (yang dianjurkan oleh NGO ) tidak melibatkan parti-parti politik.

“Maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program,”katanya.

Sebaliknya sebelum ini Setiausaha Sekretariat Himpun, Aminuddin Yahaya dipetik sebagai berkata, Himpunan Sejuta Umat merupakan satu perhimpunan yang dianjurkan tanpa sebarang kepentingan politik namun kesemua wakil parti dan NGO digalakkan hadir.

Juga Ketua Pemuda PAS Nasarudin Hasan pada sebelah pagi mengeluarkan satu kenyataan memberitahu pergerakan itu akan turut serta dalam himpunan berkenaan. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: Flip flop PAS. Semuanya kerana politik. Kemudian TGHH mengeluarkan kenyataanya melalui Mustafa Ali , dengan sombongnya keluarkan kenyataan di bawah :

" Beliau juga menegaskan PAS menyokong segala usaha sebegitu tetapi berpendirian bahawa pengukuhan akidah hendaklah dilaksanakan "menerusi jalan dakwah secara damai". KLIK

2. Cakap bolehlah. Cakap bukan main kononnya pengukuhan akidah wajib menerusi dakwah dan damai tetapi amalannya????????????? Bangun aje tidor baik PAS, Pemimpinnya atau pengikutnya hanya memaki hamun orang, mengkafirkan sesama Islam dan memfitnah orang. Tak usah jauh pun. Lihat aje Akhbar Harakah....................99 % semuanya fitnah dan sampah. Yang 1 % aje betul pun hanya iklan ubat kuat.


3. Tak gitu ?

2 comments:

  1. Perhimpunan Anti-Murtad - PAS tak mahu sertai.

    Perhimpunan BERSIH bersama Ambiga - PAS sertai. Anytime..anywhere.

    PAS pentingkan politik dari agama

    PAS pentingkan undi dari akidah.

    Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih

    ReplyDelete
  2. dino.yp@gmail.com19 October 2011 at 09:34

    PAS pusat takut big brother DAP! Subhanallah!

    ReplyDelete

PETA PELAYAR