FOLLOWERS

Tuesday 27 December 2011

MALAYAN LAW JOURNAL : KETERANGAN ISTERI !!!!!



[1994] 3 MLJ 457
Public Prosecutor v Abdul Majid
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (SHAH ALAM) — CRIMINAL REVISION 43–13–1993

Judges JAMES FOONG J

Date 15 AUGUST 1994
Citation [1994] 3 MLJ 457


Catchwords:


Evidence — Witness — Spouse — Whether wife of accused could be compelled to give evidence for the prosecution — Whether English law on compellability of witnesses applies — Evidence Act 1950 ss 120 & 122

Bahasa Malaysia Summary:


Tertuduh telah dituduh atas kesalahan membunuh di bawah s 302 Kanun Keseksaan (FMS Bab 45). Pada siasatan permulaan, pihak pendakwa telah mencuba memanggil isteri tertuduh sebagai seorang saksi pendakwa. Peguambela tertuduh telah membuat bantahan atas alasan bahawa walaupun isteri tertuduh adalah seorang saksi kompeten, beliau tidak boleh dipaksa untuk memberi keterangan yang menentang suaminya sendiri. Majistret telah memutuskan bahawa isteri tertuduh tidak boleh dipaksa untuk memberi sebarang keterangan yang menentang suaminya. Pihak pendakwa kemudiannya telah merujuk perkara itu kepada Mahkamah Tinggi untuk keputusannya sementara siasatan permulaan itu ditangguhkan.

Diputuskan:
Diputuskan, mendapati bahawa isteri tertuduh boleh dipaksa untuk memberi keterangan dan memerintahkan supaya majistret mencatatkan keterangannya:


(1) Undang-undang berkenaan dengan isu saksi pasangan ditentukan oleh Akta Keterangan 1950 (‘Akta itu’) dan majistret telah membuat kesilapan apabila beliau mengikut undang-undang Inggeris. Mengikut s 120 Akta itu, seseorang suami atau isteri merupakan seorang saksi kompeten di dalam prosiding jenayah terhadap sesiapa juga, walaupun soalan mengenai kebolehpaksaan tidak disebut secara nyata.


(2) Bagaimanapun, mengikut s 122 Akta itu, seorang yang beristeri atau bersuami atau telah beristeri atau bersuami tidak boleh dipaksa mendedahkan apa-apa komunikasi yang telah dibuat kepadanya dalam masa dia beristeri atau bersuami melainkan jika orang telah membuat komunikasi itu mengizinkan. Kegunaan perkataan ‘dipaksa’ di dalam s 122 menunjukkan bahawa adalah menjadi niat badan perundangan supaya seorang saksi kompeten seharusnya juga merupakan seorang saksi paksa.


(3) Oleh yang demikian, isteri tertuduh boleh dipaksa untuk memberi keterangan kecuali komunikasi yang dibuat oleh tertuduh kepada beliau melainkan jika keizinan tertuduh diperolehi seperti yang diperlukan di bawah s 122 Akta itu.

Penghuni Gua
: Semuiga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pe;ajar. MLJ adalah dokumen awam. Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR