FOLLOWERS

Tuesday 13 December 2011

MALAYAN LAW JOURNAL : MENGHINA MAHKAMAH !!!!!


1993] 3 MLJ 147
Lai Cheng Chong v Public Prosecutor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (MUAR) — CRIMINAL APPEAL NO 41–59 OF 1991

Judges RICHARD TALALLA J

Date 3 JUNE 1993

Citation [1993] 3 MLJ 147

Catchwords:

Criminal Procedure — Contempt of court — Failure of appellant and counsel to attend hearing — Withdrawal of counsel during course of trial — Hearing postponed to later date but appellant and counsel failed to attend again — Whether that amounts to contempt — Approach court should take

Legal Profession — Advocate and solicitor — Liability as officer of court — Legal Profession Act 1976 s 35

Bahasa Malaysia Summary:

Perayu telah disabitkan di mahkamah majistret atas kesalahan di bawah s 20(1)(a) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 dan telah dihukum penjara sepuluh bulan. Beliau telah membuat rayuan terhadap sabitan dan hukumannya dan notis rayuan itu telah ditandatangani olehnya. Terdapat juga tandatangan firma guaman peguambela perayu di atas notis itu. Alamat yang tercatat di dalam notis itu adalah alamat firma guaman itu. Pada hari pendengaran rayuan itu, perayu dan peguambela tidak hadir dan mahkamah telah menangguh kes itu ke 27 Oktober 1992. Beberapa hari sebelum tarikh perbicaraan baru, peguambela melalui surat kepada penolong kanan pendaftar (‘PKP’), telah memberitahu mahkamah bahawa mereka tidak lagi mewakili perayu kerana beliau ingin melantik peguambela yang baru dan oleh yang demikian memohon untuk dikecualikan kehadiran mereka pada tarikh perbicaraan. PKP, atas arahan mahkamah, telah menelefon pejabat firma guaman tersebut dan memberitahu kerani di situ bahawa peguambela dikehendaki hadir pada 27 Oktober 1992. Pada tarikh itu, kedua-dua perayu dan peguambelanya sekali lagi tidak hadir dan mahkamah telah menangguhkan kes ke 14 November 1992. Pada tarikh tersebut, seorang rakan kongsi dalam firma guaman tersebut telah hadir sebagai peguambela perayu dan telah meminta maaf kepada mahkamah. Isu tunggal yang perlu diputuskan oleh mahkamah adalah sama ada kegagalan perayu dan peguambela untuk hadir di mahkamah pada 27 Oktober 1992, yang telah menyebabkan perbicaraan terpaksa ditangguhkan, merupakan suatu penghinaan mahkamah.

Diputuskan:
Diputuskan, tanpa membuat apa-apa perintah:

(1) Adalah menjadi keadilan yang serba kurang jika mahkamah membatalkan rayuan atas kegagalan pihak-pihak, terutama sekali peguambela, untuk hadir di mahkamah tetapi sebaliknya, mahkamah harus melindungi hak litigan untuk mengutarakan kesnya. Mahkamah harus mencari jalan untuk bertindak terhadap orang yang bertanggungjawab atas keingkaran itu dan satu daripada caranya ialah dengan menggunakan undang-undang penghinaan mahkamah.

(2) Dengan meletakkan nama mereka dalam rekod di dalam notis rayuan sebagai mewakili perayu, peguambela mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kehadiran perayu dan dirinya sendiri di mahkamah. Kegagalan mereka berbuat demikian, yang menyebabkan perbicaraan terpaksa ditangguhkan, telah menggugat keadilan serta pentadbirannya dan satu kes prima facie penghinaan mahkamah telah dibuktikan.

(3) Walau bagaimanapun, oleh kerana versi kejadian perayu dan peguambela berbeza antara satu sama lain tentang sebab-sebab mengapa mereka gagal hadir di mahkamah, mahkamah mempercayai mereka walaupun berasa sangsi dan tidak membuat apa-apa perintah kerana prosiding penghinaan adalah suatu prosiding keseksaan. Mahkamah juga mengambil kira bahawa kedua-dua mereka telah meminta maaf dari mahkamah dan tidak berniat hendak menghinanya. Juga, keadaan seperti dalam kes ini pertama kali ditimbang dari sudut penghinaan mahkamah.]

Penghuni Gua
: Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam. Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR