FOLLOWERS

Tuesday 20 December 2011

PAS DAH DILACURKAN !!!!!


Dipetik dari : Agenda Daily







Selama ini kecuali cakap-cakap, tidak ada pemimpin PAS berani akui parti itu semakin jauh daripada perjuangan asal menubuhkan negara Islam selepas bersengkokol dengan PKR dan DAP.

Bagaimanapun, isu bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali yang dikatakan tidak layak bertanding mendedahkan ‘pekung’ bahawa parti itu tidak lagi dilihat memperjuangkan prinsip-prinsip berlandaskan Islam.

Dalam sidang media terbaru, ADUN Gombak Setia itu yang diasak berulang kali mengenai tanggapan itu akhirnya terpaksa akur mengakui pakatan dengan PKR dan DAP menyumbang kepada perubahan dalam PAS.

“Bila sertai (Pakatan Rakyat) maka ada perkara perlu diubah suai...tetapi jangan ubah Islam,” jelas Exco Kerajaan Negeri Selangor itu seperti mahu mengambarkan bahawa PAS sudah tidak konsisten lagi daripada matlamat asal serta dasar-dasar parti itu.

Malah Dr Hasan percaya pembangkang tidak berupaya mentadbir Putrajaya dengan pelbagai kemelut dalaman apatah lagi dengan kenyataan Karpal Singh, supaya langkah mayatnya dulu jika PAS mahu laksanakan negara Islam.

Beliau turut menyentuh soal Negara Berkebajikan yang jadi slogan baru PAS.

“Negara Berkebajikan ini tidak perlu dilakukan oleh PAS. Mana-mana negara hebat seperti Sweden dan United Kingdom semua negara berkebajikan ...orang-orang sekular dan terpelajar ini mampu melakukannya,”

“Tetapi untuk meletakkan asas negara Islam kita perlukan ulama yang dapat garap Islam dalam konteks kehidupan moden dan saya yakin satu masa dulu, ulama-ulama PAS yang lepas berjaya letak inti-inti agama dalam kehidupan masyarakat,” ujarnya.

Kesimpulan semua itu, dengan nada agak keras dan kecewa, Dr Hasan berkata, ‘ kena letak PAS pada pancang asal,’.

Beliau membuat gesaan itu juga kerana ada fakta dan bukti bahawa masyarakat yang selama ni menyokong PAS mula mempersoal dan bercadang menarik diri daripada memberi sokongan kepada parti kerana perjuangan utama parti dikesampingkan.

Katanya, ahli dan penyokong PAS tidak naif dan tidak sedungu disangkakan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali yang mendakwa beliau sedang berusaha menyakinkan ahli dan penyokong parti bahawa PAS tidak lagi memperjuangkan prinsip-prinsip Islam.

“Ahli dan penyokong PAS juga bukan lembu yang dicucuk hidung. Mereka berbudaya, bertata susila, beragama dan terbukti mempunyai kekuatan intelektual berfikir.

Sidang media ke dua pagi Selasa ini diadakan Dr Hasan sejak isu tidak layak bertanding itu ditimbulkan Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib jelas digunakan beliau ‘memulangkan paku buah keras’ kepada Mustafa.

Beliau membidas Mustafa walaupun pemimpin senior tetapi meberi pandangan negatif dan mengandungi unsur jahat terhadapnya dengan mendakwa Dr Hasan terperangkap dengan perangkap UMNO dan tindak tanduknya seolah-olah mahu melemahkan PAS.

Jelas beliau cukup angin dengan Mustafa dan menyifatkan Setiausaha Agung PAS itu bongkak, sombong dan menggunakan autoriti jawatan elatah dan hilang arah hingga sangup bermain api fitnah.

Menurut Dr Hasan tindak tanduk Mustafa dan Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar bertentangan dengan pemimpin PAS lain termasuk Mursydul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib, Ketua Pemuda PAS Pusat Nasruddin Tantawi yang menunjukkan simpati dan cenderong menyokong perjuangannya.

“Prinsip perjuangan saya meletakkan semula PAS di landasan asal. Dari pengamatan asal saya, PAS mula dikuasai golongan bukan ulama yang lebih cenderung mengamalkan politik akomodasi hingga sanggup korbankan prinsip perjuangan parti yang dipertahan sejak penubuhan,” tegasnya.

Dalam erti kata lain, Dr Hasan bangkit ‘lawan arus’ bukan kerana agenda UMNO seperti dakwaan Mustafa tetapi sudah nampak semakin banyak duri dalam daging PAS.

Menjawab soalan, beliau mengakui berjumpa dua profesor yang juga ahli PAS seorang daripadanya Aziz Hanafi untuk mendapatkan pandangan tentang usaha yang dilakukannya untuk mengembalikan PAS pada perjuangan awal.

“Saya jumpa untuk dapatkan pandangan dari segi syarak dan intelelek. Mereka orang biasa dalam PAS bukannya untuk menyakinkan mereka atau orang lain bahawa PAS tidak lagi memperjuangkan Islam seperti didakwa,” katanya.

Mengenai kenyataan Mahfuz yang sinis mempersilakan menyertai UMNO, Dr Hasan menyifatkan Naib Presiden PAS itu bangkrap pemikiran dan tidak mengikuti perkembangan muthakhir isu tersebut.

Beliau menegaskan tidak akan mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa perjuangannya kini tertumpu kepada Islam, Melayu dan instutusi Raja-Raja.

Dr Hasan menggesa pimpinan parti mengambil tindakan terhadap Saari yang menyemaikan bibit-bibit perpecahan di kalangan ahli dan penyokong parti.

Beliau juga meminta siasatan terperinci ke atas proses pencalonan dan keputusan akhir bilangan pencalonan yang beliau terima di kawasan Gombak bagi mengelak spekulasi berkaitan pencalonan beliau.

Jelas, Dr Hasan tidak berseorang dalam isu ini kerana beliau melihat banyak sokongan daripada pemimpin, ahli dan penyokong PAS mengenai usahanya mengembalikan PAS pada pancang asal.

Apapun, usaha beliau nampaknya sudah menyebabkan PAS semakin bergelora terutama pemimpin yang mahu mempertahankan pakatan PKR dan DAP kerana Dr Hasan sudah jadi duri dalam daging pembangkang.

Namun, disebalik semua ini ,mereka tidak nampak duri sebenar dalam PAS sekarang..- 20/12/2011 - OLEH ROSLAN BIAN
Penghuni Gua
: Standard PAS kini. Terutama Mustafa Ali . Apa lagi Mahfuz Bean yang seperti Dr Hasan yang telah lama vbangkrap idea. menag pun. Otak setakat penjaga stor lapangan terbang Kepala Batas Alor Setar aje. Itulah standardnya Dr Hasan oii.

2. Makin meluat aku melihat PAS dan pemimpinnya. Cakap aje lebih. haboklmpun tak ada !!!!

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR