FOLLOWERS

Thursday 12 January 2012

MALAYAN LAW JOURNAL : RAYUAN SETELAH KEMATIAN PERAYU !!!!


[1994] 3 MLJ 434

Yap Eu Leong Sunny v Public Prosecutor

Case Details:
Malaysia HIGH COURT (TAIPING) — CRIMINAL APPEAL NO 52–458–92
Judges ABDUL MALIK ISHAK J
Date 14 JUNE 1994
Citation [1994] 3 MLJ 434

Catchwords:

Criminal Procedure — Appeal — Abatement — Effect of death of appellant — Whether appeal abates under s 320 — Appellant sentenced to composite sentence of imprisonment, fine and penalty — Whether within exception to s 320 — Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) s 320

Words and Phrases — ‘Sentence of fine’ — Whether includes composite sentence of imprisonment, fine and penalty — Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) s 320
Bahasa Malaysia Summary:

Perayu telah dituduh kerana meminta sogokan secara korup di bawah s 3(a) (ii) Akta Pencegahan Rasuah 1961 (‘Akta itu’) and kerana menerima sogokan secara korup di bawah s 4(a) Akta itu. Hakim mahkamah sesyen telah membebaskan beliau daripada tuduhan yang pertama tetapi mensabitkannya atas tuduhan yang kedua. Hakim itu telah menjatuhkan hukuman penjara sehari ke atas perayu dan denda sebanyak RM4,000, atau setahun penjara jika ingkar membayar denda, dan juga mengarahkan perayu membayar penalti sebanyak RM500 kepada Kerajaan Malaysia. Perayu telah membuat rayuan terhadap sabitan dan hukumannya. Beliau, walau bagaimanapun, telah membayar kedua-dua denda dan penalti itu. Malangnya, perayu telah meninggal dunia sementara menantikan pendengaran rayuannya itu dan balunya telah cuba meneruskan rayuan itu. Soalan yang timbul ialah sama ada rayuan itu diberhentikan (abate) selepas kematian perayu mengikut s 320 Kanun Acara Jenayah (FMS Bab 6) (‘KAJ’). Untuk memutuskan isu itu, perlu diputuskan sama ada suatu rayuan terhadap hukuman komposit yang termasuk pemenjaraan, denda dan penalti boleh ditafsirkan sabagai ‘satu rayuan terhadap hukuman denda’ di dalam batas kekecualian yang dinyatakan di dalam cabang kedua s 320.
Diputuskan:

Diputuskan, memberi keputusan yang mengiakan soalan itu:

(1) Hukuman komposit yang termasuk pemenjaraan, denda dan penalti mesti dipertimbangkan bersama dan tidak patut dipisahkan. Ianya tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu hukuman denda di dalam batas kekecualian di dalam cabang kedua s 320 kerana perkataan-perkataan itu jelasnya merujuk hanya kepada suatu rayuan terhadap hukuman denda dan tidak boleh dibaca sebagai meliputi suatu hukuman pemenjaraan dan denda serta penalti. Oleh itu, rayuan terhadap hukuman komposit itu diberhentikan selepas kematian perayu itu.

(2) Balu perayu tidak mempunyai locus standi untuk meneruskan rayuan itu kerana beliau tidak ada kepentingan di sisi undang-undang di dalam keputusan rayuan itu dan denda serta penalti itu telahpun dibayar oleh perayu sebelum kematiannya. Tujuan sentimentalnya untuk membersihkan nama suaminya tidak mempunyai merit di sisi undang-undang.

Per curiam:

Seksyen 320 KAJ perlu dipinda untuk menggugurkan perkataan-perkataan di dalam kurungan ‘(kecuali rayuan terhadap hukuman denda)’ yang sememangnya tidak diperlukan memandangkan ketiadaan satu peruntukan yang bersamaan dengan s 70 Kanun Jenayah India yang menyatakan bahawa suatu denda merupakan satu tanggungan ke atas harta pusaka si mati sebaik sahaja ianya dikenakan dan bahawa wakil si mati di sisi undang-undang berhak menentang tanggungan itu.]

Penghuni Gua : semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam. ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR