FOLLOWERS

Tuesday 3 January 2012

MALAYAN LAW JOURNAL : KES RASUAH / TUGAS RASMI !!!!


[1994] 2 MLJ 430
Public Prosecutor v Abdul Malik bin Marahaji & Anor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (TAWAU) — CRIMINAL APPEAL NO T(42)–3 OF
1994

Judges IAN CHIN J

Date 26 APRIL 1994

Citation [1994] 2 MLJ 430


Catchwords:


Criminal Law — Corruption — Complainant did not have valid travel documents — Accused police officers were not given duty of checking passports — Whether accused must be on ‘official duty’ before they could be guilty of offence under s 4(a) of the Prevention of Corruption Act 1961 — Prevention of Corruption Act 1961 s 4(a)

Bahasa Malaysia Summary:


Kedua-dua tertuduh telah didakwa atas suatu kesalahan di bawah s 4(a) Akta Pencegah Rasuah 1961 (‘Akta itu’) kerana telah menerima suatu sogokan daripada pengadu supaya tidak mengambil tindakan terhadapnya, kerana beliau tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah yang membenarkan beliau tinggal di Malaysia secara sah. Hakim mahkamah sesyen telah membebaskan tertuduh kerana beliau berpendapat bahawa apa yang dilakukan oleh tertuduh, iaitu memeriksa pasport, tidak boleh dianggap sebagai tugas rasmi mereka kerana tidak terdapat operasi untuk mencari pendatang haram pada masa itu dan tertuduh juga tidak diperintahkan oleh ketua mereka untuk menjalankan tugas memeriksa pasport. Pendakwa raya telah membuat rayuan terhadap pembebasan itu.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan rayuan itu:


(1) Perkataan seperti ‘official act’ dan ‘official functions’ tidak hadir dalam s 4(a) Akta itu, dan oleh itu, tidak menjadi suatu keperluan bahawa kedua-dua tertuduh itu semestinya sedang menjalankan suatu tugas rasmi sebelum mereka boleh didapati bersalah atas suatu kesalahan dibawah s 4(a) Akta itu. Ia juga tidak penting jika kedua-dua tertuduh tidak bertugas pada masa itu. Mereka juga tidak perlu bertindak atas arahan ketua mereka kerana mereka mempunyai kewajipan untuk menangkap pengadudi bawah Akta Polis 1967, Kanun Acara Jenayah (FMS Bab 6) dan Akta Imigresen 1959/1963.


(2) Oleh itu, hakim mahkamah sesyen telah membuat kesilapan apabila membuat keputusan bahawa anggapan di bawah s 14 Akta itu telah dipatahkankerana kedua-dua tertuduh tidak membuat apa-apa yang berkaitan dengan tugas rasmi mereka. Oleh itu, pembebasan itu diketepikan dan kedua-dua tertuduh itu disabit untuk kesalahan yang dipertuduhkan itu.]Notes

Penghuni Gua
: Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam. Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR