FOLLOWERS

Sunday 12 February 2012

MALAYAN LAW JOURNAL : HAK PEREMPUAN SIMPANAN / PERKAHWINAN ADAT !!!

[1995] 1 MLJ 115
Loo Cheng Suan Sabrina v Khoo Oon Jin Eugene
Case Details:

                Malaysia   HIGH COURT (PENANG) — CIVIL SUIT NO 338–83
                Judges VINCENT NG J
                Date      26 AUGUST 1994 
                Citation                [1995] 1 MLJ 115




Catchwords:

Family Law —  Matrimonial property —  Property registered in wife’s name — Presumption of advancement — Purchase moneys provided by husband —  Whether outright gift — Whether wife held property on resulting trust for husband —  Wife not living on property — Whether husband occupying property required to pay rent

Trusts and Trustees — Resulting trust — Purchase of house in wife’s name — Presumption of advancement — Whether presumption rebuttable

Limitation — Trusts — Resulting trust — Property purchased by husband but registered in wife’s name — Husband claiming beneficial interest — Whether 12-year limitation applicable — Limitation Act 1953 s 22(1)(b)

Bahasa Malaysia Summary:

Plaintif adalah tuan punya berdaftar No 60 Jalan Sungai Kelian, Hillside, Tanjong Bungah, Penang (‘harta itu’) yang telah dibeli oleh defendan di dalam nama plaintif pada tahun 1971. Plaintif mengatakan bahawa harta itu adalah sebuah hadiah daripada defendan kerana beliau inginkan plaintif menjadi perempuan simpanannya oleh sebab beliau pada masa itu telahpun berkahwin. Defendan telah membayar harga belian penuh harta itu dan pada tahun 1972, apabila perkahwinannya gagal, beliau telah menduduki harta itu bersama plaintif dan bayi perempuan mereka. Defendan mengata bahawa plaintif dan beliau telah berkahwin mengikut upacara Cina pada tahun 1973 tetapi ini telah dinafikan oleh plaintif. Plaintif dan defendan tidak tinggal bersama dari April 1975 apabila plaintif telah meninggalkan harta itu. Plaintif menuntut milikan kosong, sewa dan kos dan bergantung pada anggapan pendahuluan. Defendan menuntut balas untuk, antara lain, suatu deklarasi bahawa plaintif memegang harta itu atas suatu amanah berbangkit untuk beliau dan mengata bahawa harta itu tidak dimaksudkan sebagai suatu hadiah untuk plaintif. Plaintif menegaskan bahawa tuntutan balas pindaan defendan yang telah di failkan pada 15 Januari 1993, dihalang oleh had masa.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak tuntutan plaintif dan membenarkan sebahagian daripada tuntutan balas defendan:

(1) Atas imbangan kebarangkalian, defendan telah membeli harta itu dengan niat menggunakannya sebagai sebuah kediaman suami isteri di dalam mana kedua-dua beliau dan plaintif mempunyai bahagian tidak dibahagi yang sama dan bukan sebagai suatu hadiah tanpa syarat kepada plaintif. Keterangan menunjukkan bahawa pada masa pendaftaran harta itu di dalam nama plaintif, kedua-dua pihak itu mempunyai persefahaman bahawa harta itu akan menjadi kediaman suami isteri di mana mereka akan menjadi pemunya bersama.

(2) Walaupun anggapan pendahuluan timbul kerana defendan, sebagai suami plaintif, telah menyediakan wang untuk membeli harta itu dan telah mendaftarkannya di dalam nama plaintif, defendan telah berjaya mematahkan anggapan itu kerana, antara lain, pada setiap masa yang penting beliau telah mengendalikan harta itu sesuka hati beliau dengan persetujuan plaintif.

(3) Oleh kerana ini merupakan suatu tindakan oleh seorang benefisiari untuk mendapatkan balik harta amanah daripada seorang pemegang amanah, mengikut s 22(1)(b) Akta Had Masa 1953, apa-apa had masa yang ditentukan oleh Akta itu tidak terpakai.

(4) Di mana perhubungan yang menyerupai perhubungan suami isteri gagal dan satu pihak tidak dibenarkan masuk ke dalam kediaman suami isteri oleh pihak yang lain, seorang penyewa sesama tidak mempunyai liabiliti untuk membayar sewa penghunian hanya semata-matanya kerana beliau adalah penghuni tunggal tetapi mahkamah boleh memerintahkan pihak yang menghuni itu supaya membayar suatu sewa penghunian kepada pihak yang dihalang itu jika ianya berekuiti. Bagaimanapun, di mana suami/isteri itu (sah ataupun de facto), yang menjadi penyewa sesama atau pemunya bersama sesuatu kediaman suami isteri dapat menggunakan haknya untuk menduduki kediaman itu tetapi dengan sukarela memilih untuk tidak berbuat demikian, jadi pihak yang lain yang menghuni kediaman itu berhak berbuat demikian tanpa membayar sewa penghunian. Di dalam kes ini, plaintif telah meninggalkan harta itu dengan sukarela dan adalah sangat tidak berekuiti untuk memerintahkan supaya defendan keluar daripada kediaman itu dan/atau membayar sewa penghunian kecuali dan sehingga perkahwinan mereka itu dibatalkan di sisi undang-undang.

(5) Plaintif diperintahkan supaya memindahmilik setengah daripada sebahagian tidak dibahagi harta itu kepada defendan dalam masa 14 hari daripada tarikh penghakiman, jika tidak, penolong pendaftar kanan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dikehendaki menyempurnakan pendahmilik itu bagi pihak plaintif. Setiap pihak diperintahkan menanggung kosnya sendiri.

Obiter:

Sebelum 1 Mac 1982, tidak terdapat sebarang peruntukan di dalam Enakmen Perkahwinan Kristian (FMS Bab 109) yang melucutkan hak seseorang lelaki Cina yang berkahwin di bawahnya untuk menggunakan haknya di bawah undang-undang peribadi untuk mengahwini seorang perempuan lain secara poligami semasa isteri monogaminya masih hidup. Atas imbangan kebarangkalian, plaintif dan defendan telah berkahwin mengikut adat Cina dan pada setiap masa yang penting, dianggap sebagai telah berkahwin di sisi undang-undang.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam. Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR