FOLLOWERS

Wednesday 29 February 2012

MALAYAN LAW JOURNAL : KES HAK CIPTA !!!



[1994] 1 MLJ 348
Goodyear Tire & Rubber Co & Anor v Silverstone Tire & Rubber Co Sdn Bhd
Case Details:

                Malaysia              HIGH COURT (KUALA LUMPUR) — CIVIL SUIT NO
                                D5–22–660–1993

                Judges ABDUL MALEK J

                Date      22 NOVEMBER 1993

                Citation                [1994] 1 MLJ 348



Catchwords:

Copyright — Infringement — Whether copyright protected the idea of the function of the tyre
Trade Marks — Infringement and passing off — Whether get up of tyres distinctive of plaintiffs — Whether plaintiffs had established substantial reputation and goodwill

Bahasa Malaysia Summary:

Plaintif pertama merupakan pengeluar dan penjual tayar Aquatred yang direka dan dicipta oleh kumpulan pakar mereka. Plaintif kedua merupakan pengimpot dan penjual tayar Aquatred di Malaysia. Plaintif telah membawa tindakan ini untuk pelanggaran hakcipta dan kelirupaan. Plaintif mengatakan bahawa tayar Aquatred mempunyai caragaya yang unik dan tersendiri, iaitu alur tengahnya, dan bahawa tayar Aquagrip defendan telah ditiru daripada lukisan plaintif pertama ataupun daripada tayar Aquatred dengan cara ‘reverse engineering’. Mengenai kelirupaan, plaintif berhujah bahawa mereka telah memperolehi reputasi dan nama baik yang substansial dalam tayar Aquatred, iaitu caragayanya adalah tersendiri kepada plaintif disebabkan penggunaan, penjualan dan promosi yang luas di Amerika Syarikat dan Malaysia. Defendan menegaskan bahawa plaintif ingin melindungi fungsi tayar Aquatred yang tidak dilindungi oleh undang-undang hakcipta.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak permohonan plaintif:

(1) Undang-undang hakcipta tidak berkaitan dengan tiruan idea tetapi dengan tiruan bentuk idea yang dinyatakan. Plaintif menuntut perlindungan idea fungsi tayar dan bukannya nilai ciptaan seninya. Di sini keterangan yang diberikan adalah tidak jelas mengenai penciptaan lukisan tersebut. Keraguan juga timbul sama ada lukisan tersebut adalah original.

(2) Plaintif juga tidak menunjukkan bahawa caragaya tayar itu adalah tersendiri kepada mereka dan bahawa orang awam akan mengenali tayar itu melalui caragaya dan bukan namanya. Oleh kerana semua tayar dicetak dengan cap nama dan nama tayar, sebarang kekeliruan tidak akan timbul kerana pelanggan, pada praktisnya, akan memilih cap dahulu sebelum membuat keputusan jenis tayar yang dikehendaki.

(3) Oleh kerana tayar Aquatred berada di pasaran Malaysia hanya untuk lapan bulan apabila tindakan ini dibawa, tempoh ini terlalu pendek untuk mewujudkan nama baik dan reputasi.

(4) Walaupun terdapat suatu soalan serius yang perlu dibicarakan, imbangan kemudahan memihak kepada defendan. Jika injunksi diberikan, plaintif akan memperolehi suatu monopoli yang tidak saksama dalam pasaran tayar untuk rekabentuk ‘aqua’ tersebut.]

Penghuni Gua : Semuga pembaca dan palajar mendapat menafaat dari paparan ini. MLJ adalah dokumen awam dan ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR