FOLLOWERS

Wednesday 7 March 2012

AL FATIHAH BUAT AZIM KHAN! !!!!!


Semalam jam 12 tengah malam , PG telah terima panggilan tel dari Semporna Sabah bahawa kawan baik PG DSP Azim Khan bin Abdullah telah meninggal dunia pada 6 mac 2012 jam 930 malam akibat serangan jantung.  Beliau adalah Ketua Polis Daerah Semporna Sabah. Jenazahnya akan di kebumiksn di Jitra Kedah jam 10 malam ini.  Sekarang PG dalam perjalanan ke Jitra Kedah untuk hadiri majlis pengkabumiannya. Semuga Allah menempat beliau di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh dan merahmati beliau.

Kali terakhir PG bertemu beliau ialah semasa PG dan rakan pergi menyelam di Pulau Sipadan Semporna pada 29 jan hingga 3 feb 2012. Beliau banyak memberikan bantuan.  ALFATIHAH!!!!!

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR