FOLLOWERS

Wednesday 21 March 2012

MALAYAN LAW JOURNAL : KES PENCERAIAN !!!!


[1994] 1 MLJ 129
Dato Low Nam Hui v Vu Siew Chin
Case Details:

                Malaysia              HIGH COURT (JOHOR BAHRU) — DIVORCE PETITION NO
                                47–139–1986

                Judges ALAUDDIN J

                Date      24 OCTOBER 1993

                Citation                [1994] 1 MLJ 129



Catchwords:

Family Law — Ancillary relief — Whether application can be made after decree absolute made — Whether leave of court necessary — Divorce and Matrimonial Proceedings Rules 1980 r 56

Civil Procedure — Striking out — Application for ancillary relief in divorce proceedings not made in respondent’s answer to divorce petition — Application filed 41Ú2 years after decree made absolute — Whether application was scandalous and vexatious

Family Law — Ancillary relief — Whether respondent entitled to ancillary relief based on merits of the case

Bahasa Malaysia Summary:

Pempetisyen dan responden telah berkahwin pada tahun 1976. Dalam tahun 1986, pempetisyen memfailkan suatu petisyen untuk memohon supaya perkahwinan itu dibubarkan. Pada tahun 1987, pempetisyen memfailkan suatu petisyen yang telah dipinda. Responden tidak memfailkan jawapan sama ada kepada petisyen ataupun petisyen yang telah dipinda itu. Dalam tahun 1988, suatu decree nisi telah diberi kepada pempetisyen di hadapan kedua-dua responden dan pempetisyen bersama-sama dengan peguambela masing-masing. Responden mahupun peguambela beliau tidak membuat sebarang permohonan untuk relief sampingan. Decree nisi telah dibuat mutlak pada 11 April 1988. Selepas itu, responden telah memfailkan satu rayuan terhadap dekri tersebut tetapi telah menarik balik rayuannya. Lebih kurang 41Ú2 tahun kemudian, responden telah memfailkan suatu permohonan untuk relief sampingan. Pempetisyen kini memohon untuk membatalkan permohonan responden atas alasan bahawa: (i) permohonan responden untuk relief sampingan tidak mematuhi k 56 Kaedah-Kaedah Penceraian dan Prosiding-Prosiding Hal-Ehwal Suami-Isteri 1980 (‘Kaedah itu’); dan (ii) permohonan responden adalah tanpa merit.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan permohonan pempetisyen:

(1) Adalah jelas daripada k 56 Kaedah itu bahawa suatu permohonan untuk relief sampingan mesti dibuat dalam petisyen atau dalam jawapannya. Ia merupakan suatu peruntukan mandatori kerana perkataan yang digunakan adalah ‘mesti’ (‘shall’). Jika tiada sebarang permohonan seperti itu dibuat dalam petisyen ataupun jawapannya, kebenaran mahkamah diperlukan di bawah k 56(2)(a) Kaedah itu. Oleh kerana kebenaran tidak diperolehi, permohonan responden adalah cacat dan dengan itu tidak dibawa dengan betul di hadapan mahkamah.

(2) Responden telah mengambil hampir 41Ú2 tahun untuk memfailkan permohonan untuk relief sampingan dan, oleh kerana beliau telah menarik balik rayuan beliau terhadap dekri hakim, beliau dihalang daripada membuat permohonan beliau ini, yang telah dibuat selepas suatu kelengahan yang melampau dan tidak munasabah dan adalah mengaib atau menyusahkan. Dengan menarik balik rayuan beliau, responden telah menerima perintah dan dekri mahkamah.

(3) Tidak satupun daripada aset yang diperolehi semasa perkahwinan telah diperolehi melalui usaha bersama kedua-dua pihak. Responden tidak menyumbang apa-apa pun kepada kebajikan peribadi pempetisyen ataupun kepada kebajikan keluarga semasa perkahwinan mereka dan tidak ada anak yang dilahirkan semasa perkahwinan itu. Pempetisyen telah memberikan aset yang substansial kepda responden semasa perkahwinan mereka dan responden juga mempunyai aset yang substansial. Tuduhan pempetisyen bahawa responden juga telah bersetuju bahawa pemberian aset tersebut kepada beliau merupakan satu pemberian ataupun penyelesaian sekaligus dan bahawa beliau tidak akan membuat sebarang tuntutan ke atas aset pempetisyen atau meminta untuk sebarang nafkah, boleh dipercayai. Selanjutnya, aset substansial dan sumber kewangan responden sendiri adalah lebih daripada mencukupi untuk segala keperluan munasabah responden.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam . ia boleh diakses di Laman Web Jabtan Kehakiman Malaysia. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR