FOLLOWERS

Monday 23 April 2012

MALAYAN LAW JOURNAL : KES PERCERAIAN / WANG KWSP !!!!


[1994] 2 MLJ 693
Lim Kuen Kuen v Hiew Kim Fook & Anor
Case Details:

                Malaysia              HIGH COURT (SHAH ALAM) — DIVORCE PETITION NO
                                33–291–1992

                Judges MOHD HISHAMUDIN JC

                Date      16 MAY 1994

                Citation                [1994] 2 MLJ 693




Catchwords:

Family Law — Matrimonial property — Employees Provident Fund and gratuity payments — Whether matrimonial assets — Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976 s 102

Family Law — Financial obligations — Maintenance payments — Moneys from Employees Provident Fund — Injunction to restrain respondent from disposing of moneys until final disposal of application for ancillary relief — Whether moneys precluded from attachment — Employees Provident Fund Act 1991 s 51

Bahasa Malaysia Summary:

Pemohon dan responden telah berkahwin dalam tahun 1970 tetapi berpisah dalam tahun 1988. Pemohon telah memfailkan suatu petisyen perceraian dalam bulan Oktober 1992 dan telah memohon, antara lain, untuk relief sampingan. Responden telah bersara dalam bulan April 1993 pada umur 55 tahun. Pemohon telah memohon untuk suatu injunksi interlocutori untuk menghalang responden daripada menggunakan bayaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (‘KWSP’) dan ganjarannya sehingga keputusan muktamad mengenai permohonannya untuk relief sampingan dibuat di bawah petisyen perceraiannya atas alasan bahawa responden mungkin melucutkan haknya berkenaan dengan jumlah wang itu. Permohonan itu telah dibuat di bawah s 102 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (‘Akta itu’) dan pemohon telah memohon supaya 50% daripada jumlah wang KWSP dan ganjaran yang kena dibayar kepada responden diletakkan di dalam simpanan tetap.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan permohonan itu:

(1) Kedua-dua bayaran KWSP dan ganjaran merupakan aset hal-ehwal suami isteri, iaitu aset yang telah diperolehi semasa perkahwinan itu melalui usaha tunggal satu pihak kepada perkahwinan itu. Jika caruman KWSP itu tidak ditolak daripada upah atau gaji responden, wang itu akan digunakan untuk menyara keluarga dan dirinya.

(2) Seksyen 51 Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 hanya menghalang wang KWSP daripada ditahan apabila wang itu masih berada pada kredit seseorang pekerja. Sebaik sahaja tabung KWSP itu dibayar kepada seseorang pekerja apabila beliau bersara, jumlah itu bertukar sifatnya dan tidak lagi tertakluk kepada s 51. Oleh itu, s 51 tidak menghalang mahkamah daripada menahan wang KWSP responden kerana permohonan itu bukan bertujuan untuk menghalang responden daripada menerima bayaran itu tetapi hanya berkenaan dengan tabung KWSP itu selepas ia dibayar kepada responden.

(3) Responden telah diperintahkan supaya mendeposit setengah daripada bayaran KWSP dan ganjaran dengan peguamcaranya untuk disimpan di dalam suatu akaun klien sebagai simpanan tetap sehingga penentuan permohonan pemohon untuk relief sampingan di bawah petisyen perceraian itu.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam. Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman.. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR