FOLLOWERS

Tuesday 22 May 2012

MALAYAN LAW JOURNAL : KUASA BANK MENGELUARKAN SIMPANAN TETAP PELANGGAN !!!!!!



[1994] 1 MLJ 477
Rahimah bte Abdullah v Bank Bumiputra Malaysia Bhd
Case Details:

                Malaysia              HIGH COURT (KUALA LUMPUR) — CIVIL SUIT NO D4–22–59–91

                Judges ZAKARIA YATIM J

                Date      23 DECEMBER 1993

                Citation                [1994] 1 MLJ 477



Catchwords:

Banking — Banker and customer — Lien — Whether bank had lien over fixed deposit of customer for debt owing to bank under other accounts

Banking — Banks and banking business — Deposits — Customer consented to bank’s upliftment of deposit to pay indebtedness of third party — Whether bank’s act in uplifting deposit was lawful — Whether bank had lien over deposit or whether deposit was security for third party’s indebtedness

Bahasa Malaysia Summary:

Plaintif merupakan seorang pelanggan defendan (‘Bank itu’) dan telah menyimpan RM300,000 atas simpanan tetap dengan Bank itu. Plaintif telah mengatakan bahawa pada 11 Oktober 1988, Bank itu telah mengeluarkan simpanan tetap itu tanpa persetujuan atau kebenaran plaintif, dan telah memindahkan jumlah RM300,000 itu dengan salah dan mengkreditkannya ke dalam akaun Malrich Holdings Bhd (‘Malrich’) kononnya di bawah suatu lien yang memihak kepada Bank itu sebagai suatu sandaran untuk pinjaman yang diberikan kepada Malrich. Plaintif telah menegaskan bahawa tindakan Bank itu mengeluarkan jumlah RM300,000 dari akaun simpanan tetap itu dan mengkreditkannya ke dalam akaun Malrich merupakan suatu perbuatan konversi oleh pihak Bank itu. Bank itu menafikan perbuatan konversi yang dikatakan itu dan mengata bahawa plaintif telah memberi kebenaran kepada Bank itu untuk mengeluarkan RM300,000 dari akaun simpanan tetap itu supaya dibayar ke dalam akaun Malrich seperti yang diarahkan dan dipersetujui oleh plaintif di dalam suatu dokumen yang bertarikh 22 Oktober 1982 (‘surat plaintif itu’). Soalan undang-undang di hadapan mahkamah adalah: (i) sama ada resit simpanan tetap itu telah mewujudkan suatu lien yang sah yang memihak kepada Bank itu sebagai cagaran untuk kemudahan overdraf yang diberikan oleh Bank itu kepada Malrich; dan (ii) sama ada tindakan Bank itu yang mengeluarkan simpanan tetap itu atas alasan bahawa terdapat suatu lien adalah salah di sisi undang-undang.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak permohonan plaintif itu:

(1) Sebarang wang yang telah dikreditkan ke dalam akaun seorang pelanggan bank mewakili hutang bank itu kepada pelanggan itu. Bank itu tidak mempunyai sebarang lien ke atas hutangnya sendiri kepada pelanggan itu, walaupun pelanggan itu mungkin mempunyai suatu akaun lain di dalam bank yang sama yang telah terlebih keluar atau dibekukan. Walau bagaimanapun, bank itu mempunyai suatu lien am ke atas semua cagaran yang disimpan oleh seseorang pelanggan di dalam bank itu.

(2) Di mana seseorang pelanggan memberi arahan bertulis kepada suatu pihak ketiga meminta supaya pihak ketiga itu membayar bank pelanggan itu jumlah yang terhutang dan yang kena dibayar oleh pihak ketiga itu kepada pelanggan itu, jumlah itu tertakluk kepada suatu lien. Di dalam kes ini, adalah jelas bahawa simpanan tetap itu tidak tertakluk per se kepada suatu lien, tetapi jika simpanan tetap itu dipertimbangkan bersama dengan surat plaintif itu, boleh dihujahkan bahawa Bank itu mempunyai suatu lien ke atas wang yang disimpan dalam akaun simpanan tetap itu. Bagaimanapun, mahkamah lebih cenderung memutuskan bahawa wang yang disimpan dalam akaun simpanan tetap itu merupakan cagaran untuk pembayaran sebarang wang yang dihutang oleh Malrich kepada Bank itu. Surat plaintif itu juga memberi Bank itu kebebasan untuk mengeluarkan simpanan tetap itu dan menggunakan wang itu untuk menyelesaikan jumlah yang terhutang oleh Malrich tanpa merujuk kepadanya (plaintif itu).

(3) Oleh itu, jika jumlah di dalam akaun simpanan tetap itu telah dikeluarkan dan dikreditkan ke dalam akaun Malrich mengikut terma surat plaintif itu, tindakan Bank itu adalah sah di sisi undang-undang.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam . Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR