FOLLOWERS

Wednesday 20 June 2012

MALAYAN LAW JOURNAL : KEMUNGKIRAN PERJANJIAN / BAYARAN KEPADA SUB KONTRAKTOR !!!!



[1996] 1 MLJ 858
Perwik Sdn Bhd v Lee Yen Kee (M) Sdn Bhd
Case Details:

                Malaysia              HIGH COURT (KUALA LUMPUR) — CIVIL APPEAL NO–

                Judges ZAKARIA YATIM J

                Date      5 AUGUST 1995

                Citation                [1996] 1 MLJ 858




Catchwords:

Contract — Building contract — Construction of terms of contract — Whether permissible for defendant to vary terms of agreement on subsequent meeting — Whether terms of agreement complied with
Contract — Building contract — Progressive payments — Failure by plaintiff to deliver possession on time — Whether defendant entitled to withold progressive payment

Bahasa Malaysia Summary:
[Bahasa Malaysia summary

Melalui suatu perjanjian dan jadual syarat kontrak pembinaan yang telah dibuat pada 4 Mac 1987 di antara defendan dan plaintif, defendan melantik plaintif sebagai kontraktor utama bagi pembinaan suatu projek. Di bawah perjanjian tersebut, plaintif akan dibayar mengikut skala progresif berhubung dengan kerja yang dilakukan ke atas projek itu. 

Plaintif telah mendakwa bahawa projek itu telah disiapkan pada atau kira-kira pada 25 Jun 1989, dan telah diserahkan kepada defendan. Plaintif berhujah bahawa semua pihak telah mempersetujui bahawa jumlah kontrak yang muktamad adalah RM3,035,280.25 tetapi pada 31 Disember 1988, defendan hanya telah membuat bayaran berjumlah RM2,562,800 dan justeru itu, plaintif membuat tuntutan untuk baki sebanyak RM467,480.25 yang masih terhutang dan belum dijelaskan. 

Defendan menafikan bahawa dia berhutang dengan plaintif sebanyak jumlah yang dituntut. Ia berhujah bahawa: (i) pelbagai bayaran telah dibuat terus kepada subkontraktor plaintif dengan persetujuan dan kelulusan plaintif; 

(ii) plaintif telah memungkiri kontrak itu kerana gagal menjalankan kerja melepa ke atas projek itu, dan oleh yang demikian, defendan terpaksa mengambil kontraktornya sendiri untuk menjalankan kerja itu, bahawa ia telah memberitahu plaintif mengenai kemungkiran itu, dan bahawa dengan itu ia berhak untuk menolak kesemua jumlah yang telah dibayar kepada kontraktornya daripada jumlah kontrak yang muktamad; dan 

(iii) plaintif telah gagal menghantar-serah unit rumah kepada defendan pada masa yang ditetapkan, dan oleh itu, defendan mengalami kerugian. Terdapat dua rayuan dalam prosiding ini. Rayuan pertama difailkan oleh plaintif terhadap keputusan penolong pendaftar kanan bahawa pelaksanaan digantung sementara menunggu kesudahan rayuan defendan. Rayuan kedua difailkan oleh defendan terhadap keputusan penolong pendaftar kanan yang memberi kebenaran kepada plaintif untuk memasukkan penghakiman terus terhadap defendan.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan rayuan plaintif dan menolak rayuan defendan;

(1) Adalah tidak sah untuk menggunakan apa yang telah dikata atau dilakukan oleh pihak-pihak sebagai bantuan dalam pentafsiran suatu kontrak selepas kontrak tersebut telah dibuat. Oleh yang demikian, defendan tidak harus dibenarkan untuk mengubah terma perjanjian asal dan jadual syarat kontrak pembinaan itu di pertemuan kemudiannya. Di bawah terma kontrak itu, semua bayaran haruslah dibuat kepada plaintif. Ekoran itu, dengan membayar subkontraktor secara terus, defendan telah berbuat demikian atas risikonya sendiri. Di bawah kontrak itu, defendan masih bertanggungjawab kepada plaintif (lihat ms 863H dan 864A–D); James Miller & Partners Ltd v Whitworth Street Estates (Manchester) Ltd [1970] AC 583; [1970] 1 All ER 796; [1970] 2 WLR 728 diikut.

(2) Kontrak itu memperuntukkan bahawa sebelum defendan boleh mengambil kontraktor sendiri untuk menjalankan kerja melepa, jurubina projek perlu memberi satu notis bertulis kepada plaintif menghendaki plaintif untuk mematuhi arahannya untuk menjalankan kerja itu. Tidak terdapat bukti bahawa notis sedemikian telah diberi kepada plaintif (lihat ms 864F–G).

(3) Berhubung dengan tuntutan plaintif untuk bayaran progresif, defendan tidak berhak untuk menahan bayaran (lihat ms 864I); Woon Hoe Kan v Bandar Raya Development Bhd [1971] 2 MLJ 213 diikut.

(4) Defendan tidak mempunyai pembelaan terhadap tuntutan plaintif. Ia tidak menimbulkan isu yang boleh dibicarakan. Tambahan pula, tuntutan balas itu adalah tidak munasabah dan meremehkan. Dengan itu, adalah tidak munasabah jika dikatakan defendan mungkin berjaya atas tuntutan balas di perbicaraan (lihat ms 865A); Ronald Quay Sdn Bhd v Maheswcy Sdn Bhd [1987] 1 MLJ 322 diikut.

Penghuni Gua ; Semuga paparan ini memberikan menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam. Ia boleh diakses di Laman web Jabatan Kehakiman malaysia. Tq

3 comments:

  1. Baca yang ini juga untuk renungan...

    http://paspb2.blogspot.com/2012/06/jom-kita-baca-umno-terkedu-dan-mati.html

    kalo berani dan berteloq nak membacanya...

    ReplyDelete
  2. KESIAN KO LANGSI. TAK BACA HABIS !!!! KAH KAH KAH , JUBIOR KO LA LANGSI,. BELAJAR DAN BACA HABIS DULU DAN BUAT ANALSIS DULU BARU ULAS KATA-KATA KARPAL TU. BACA DULULAH DAN LAIN KALI BARU ULAS. KAH KAH KAH KAH

    ReplyDelete
  3. Anon 12:11...

    Dah baca.....? tahniah di atas keberanian anda. Tak terima fakta.....biasa la UMNgOk Be-eNd mane berani nak terima kenyataan. Yg korang tahu... ENGGEH je tak tentu hujung pangkal! Mahathir kata putih...ENGGEH! Najib kata kuning...ENGGEH! Pemimpin UMNgOk be-eNd baru buka mulut nak bersin pun dah awal2 diENGGEHkan.....

    UMNgOk...UMNgOk... dulu, kini dan selamanya - main ENGGEHHHHHHH je

    ReplyDelete

PETA PELAYAR