FOLLOWERS

Monday 25 June 2012

MALAYAN LAW JOURNAL : KES PERCERAIAN / PEMBATALAN PERSETUJUAN PERCERAIAN !!!!



[1996] 1 MLJ 137
Re Goh Hoe Ling & Anor
Case Details:

                Malaysia              HIGH COURT (JOHOR BAHRU) — DIVORCE PETITION NO
                                33–96–1994

                Judges ABDUL MALIK ISHAK J

                Date      28 APRIL 1995

                Citation                [1996] 1 MLJ 137



Catchwords:

Family Law — Divorce — Deed of separation — Husband and wife mutually agreed that marriage be dissolved — Joint petition for divorce filed subsequently — Petitioner wife later filed notice of discontinuance and notice of withdrawal of consent to joint petition — Whether both parties ‘freely consent’ to petition — Whether petitioner wife could withdraw consent — Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976 s 52 — Divorce and Matrimonial Proceedings Rules 1980 r 14(2)

Bahasa Malaysia Summary:

Pempetisyen-pempetisyen telah berkahwin secara sah pada 30 Januari 1989. Walau bagaimanapun, perkahwinan ini kemudiannya telah meretak dengan tidak dapat lagi dipulihkan. Pada 15 April 1994, satu suratikatan pemisahan telah disediakan di mana ia telah dinyatakan secara berterus-terang bahawa ‘suami dan isteri bersama-sama bersetuju supaya perkahwinan mereka dibubarkan dan mereka memberi persetujuan dengan bebas’. Satu petisyen bersama untuk bercerai telah difailkan pada 26 April 1994. Pada 26 Ogos 1994, pempetisyen isteri memfailkan satu notis pemberhentian untuk petisyen perceraian. 

Pada 15 September 1994, dia telah memfailkan satu notis menarik balik persetujuan untuk petisyen bersama lagi. Peguamcara untuk pempetisyen suami melalui surat bertarikh 11 November 1994 telah membangkitkan dua bantahan permulaan, iaitu (i) bahawa notis pemberhentian dan notis menarik balik keizinan untuk petisyen bersama adalah salah dari segi prosedur; dan (ii) bahawa pempetisyen-pempetisyen adalah terikat kepada syarat dan keadaan suratikatan pemisahan bertarikh 15 April 1994. Isu dalam kes ini adalah sama ada kedua-dua pihak ‘bersetuju dengan bebas’ di bawah maksud s 52 Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976, dan sama ada pempetisyen isteri boleh mengingkari suratikatan pemisahan dan menarik balik persetujuannya.

Diputuskan:
Diputuskan, mengenepikan bantahan permulaan:

(1) Dalam suatu petisyen bersama untuk penceraian, kedua-dua pempetisyen harus hadir di mahkamah secara fizikal untuk memuaskan mahkamah bahawa mereka ‘bersetuju dengan bebasnya’ terhadap pembubaran perkahwinan mereka (lihat ms 146G); Sivanesan v Shymala [1986] 1 MLJ 400 diikut.

(2) Masa yang material untuk menentukan sama ada ‘kedua-dua bersetuju dengan bebasnya’ untuk memfailkan petisyen bersama dan terhadap terma dan syarat suratikatan pemisahan adalah pada hari pembicaraan petisyen (lihat ms 147E); Ong Ah Mai v Ling Pooi Ming [1984] 2 MLJ 129 diikut.

(3) Mengikut k 14 (2) Kaedah Prosiding Perceraian dan Hal-Ehwal Suami Isteri 1980, penentang kepada suatu petisyen boleh memberi notis kepada mahkamah sama ada dia tidak bersetuju kepada suatu dikri diberikan atau dia menarik balik apa-apa persetujuan yang dia telah memberi (see p 147I).

(4) Apabila pempetisyen isteri memfailkan notis menarik balik persetujuan untuk petisyen bersama, dia mestilah dari segi undang-undang disifatkan telah menarik balik persetujuan yang pernah diberinya dan berhak menerus pada dasar lain. Ini akan mengakibatkan petisyen bersama dibatalkan tetapi dengan kebebasan kepada kedua-dua pihak untuk memfail semula (lihat ms 147I–148A); Sivanesan v Shymala [1986] 1 MLJ 400 SC diikut.

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam. ia boleh diakses di laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR