FOLLOWERS

Wednesday 29 August 2012

KEDUNGUAN PUAK INI !!!!!! KAH KAH KAH KAH !!!!!


Agenda Daily

Dr Mahathir, malaikat dan syaitan...


Petang Sabtu ramai wartawan yang cover majlis rumah terbuka Tun Dr Mahathir Mohamad di kediamannya di The Mines, sok sek sesama sendiri berikutan tersiarnya cerita dalam portal pro pembangkang pasal 'syaitan dan malaikat'.

Berikutan itu keluar tidak lama selepas sidang media yang dibuat Dr Mahathir, kiranya amat pantas sungguh cara mereka bekerja.Cuma yang kawan-kawan wartawan dok sok sek itu bukan apa, melihat bagaimana portal yang kononnya berintergriti tersebut terima bulat-bulat apa yang Dr Mahathir komen bahawa kerajaan adalah 'syaitan' yang dikenali berbanding pembangkang adalah 'malaikat' yang tidak dikenali.

Bagi yang kenal Dr Mahathir, komen-komen yang sinis merupakan style bekas perdana menteri dan presiden UMNO paling lama itu.Komen yang sinikal itu pula, perlu difahami dengan konteks yang betul supaya apa yang hendak disampaikan tidak terkeluar dari maksud sebenar.

Sebab itu, biasanya untuk cover sidang media pemimpin-pemimpin utama negara (atau tokoh dan selebriti) organisasi media hantar wartawan yang ada pengalaman, senior repoter, bukan budak baru yang tidak dapat membezakan antara komen sebenar dan gurauan atau sindiran.

Dalam sidang medianya, Dr Mahathir berkata pembangkang mahu rakyat membenci kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional sahaja.Menurutnya, pembangkang mahu rakyat lupa jasa kerajaan serta menganggap “jika kamu membenci kerajaan, kamu bersama mereka.”

“Walaupun Malaysia mengalami kegawatan ekonomi, Malaysia masih mampu mencapai pertumbuhan ekonomi yang baik.

“Dan dalam masa sama kita mampu hidup harmoni dalam negara berbilang kaum, kenapa pembangkang tidak pernah sebut tentang perkara ini?” katanya.

"Idea pembangkang hanya mahu membenci kerajaan. Mereka mahu rakyat panggil kerajaan sebagai 'syaitan', tapi kerajaan adalah 'syaitan yang orang semua kenal', berbanding dengan mereka 'malaikat' yang orang tidak kenal." kata Dr Mahathir.

Ada unsur kiasan apabila beliau menggunakan istilah syaitan dan malaikat tersebut.Sebenarnya di dalam sidang media tersebut, ada wartawan mencelah, bertanya pada Dr Mahathir, jika kerajaan digambarkan sebagai 'syaitan', siapa pula 'malaikat' itu?

Dr Mahathir dengan mimik muka bersahaja pun kata "“Opposition-lah!” yang buat semua wartawan yang tengah serius bekerja ketawa terbahak-bahak.Kami ketawa sebab kami tahu bahawa itulah trademark Dr Mahathir, sinis.

Jadi jika ada yang cuba spin Dr Mahathir anggap pembangkang adalah malaikat, betapa teruknya mereka cuba memesongkan orang ramai.Lebih malang lagi, jika mereka percaya bulat-bulat bahawa Dr Mahathir anggap kerajaan 'syaitan' dan pembangkang adalah 'malaikat'.

Itu saja membuatkan kita tahu tahap kecerdikan orang yang buat dan luluskan berita seumpama itu.Berbalik kepada kisah rumah terbuka Dr Mahathir semalam, antara yang hadir adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri dan dua anak beliau.

Selain itu, sejurus Najib pulang, timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula tiba bersama isteri. Orang ramai memenuhi dua belas khemah kecil dan tiga khemah besar yang disediakan.

Berikutan rumah Dr mahathir di dalam kawasan persendirian, bukan semua kereta boleh masuk, jadi bagi memudahkan pengunjung yang hendak datang, mereka kena letak kereta di kawasan parking sekitar hotel Palace Of Gorden Horse dan diangkut dengan kenderaan khas ke kediaman Dr Mahathir.

Semuanya disusun ataur dengan baik membuatkan majlis yang bermula jam 10 pagi dan berakhir jam 6 petang tersebut berjalan lancar.

Ramai pelancong dan orang luar yang datang, Dr Mahathir sendiri dalam sidang medianya menyarankan rakyat Malaysia mengundang pelancong asing ke rumah terbuka mereka bagi membolehkan tetamu asing itu meraikannya dengan masyarakat berbilang kaum di negara ini dalam suasana harmoni.

"Mereka mahu melihat budaya kita dan keupayaan kita hidup dalam negara berbilang bangsa tanpa rasa takut seperti yang dilihat di kebanyakan negara berbilang bangsa atau berbilang agama yang lain," katanya.

Katanya walaupun konsep itu bukan suatu yang baru namun ia harus melibatkan penyertaan lebih aktif daripada rakyat tanpa mengharap pemberian insentif kerajaan.

"Kita buka rumah bukanlah secara besar-besaran tetapi biarlah mereka rasa kehidupan kita setakat yang kita mampu," katanya.-26/8/2012

Penghuni Gua : lain yang Tun M cakap, lain yang mereka putar. Sah... otak mereka ini penuh dengan ulat. Bodoh tak boleh di ajar. Otak taraf lendiak aje wartawan tu. Termasuk Dr haron Din yang meminta Tun M bertaubat !!!!!!

2. Lawak !!!!!!!!!!!!!!! Mereka sebenarnya yang bodoh tak boleh fikir maksud keseluruhan pandapat yang Mahathir keluarkan. Belajar tak tinggi ... itulah jadinya. Kemudian jumud pulak otaknya sebab hanya bergaul dengan puka yang otak lemah yang mereka juga. Inilah jadinya !!!!

3 comments:

  1. OTAK PUAK PEMBANGKANG BERDENGUNG MMG CMTU BROO KEHKEHKEH

    ReplyDelete


  2. Salam tuan PG & sema2...,

    Utak "over heated" lebih dus meraban meroyan jadi fikiran kacau. Bila berada disebelah tu atau senget ke sebeleh tu utak mereka jadi "bengong". Bahasa mudah "kuca bara"!!!.

    P5B..

    ReplyDelete
  3. aku rasa depa paham peribahasa bahasa inggeris tu, tapi sesaja cari peluang nak spin. akhirnya, pecacai depa yang tak berapa pandai tu, terima bulat2. Ia hanya peribahasa cai!

    ReplyDelete

PETA PELAYAR