FOLLOWERS

Sunday 12 August 2012

MALAYAN LAW JOURNAL : TUNTUTAN KES KEMALANGAN JALANRAYA !!!!!



[1995] 3 MLJ 435
Neo Kim Soon (Administrator of the estate of Phanna Mannechuang, deceased) v Subramaniam a/l Ramanaidu & Anor
Case Details:

                Malaysia              COURT OF APPEAL (KUALA LUMPUR) — CIVIL APPEAL NO
                                J–04–55–94

                Judges MAHADEV SHANKAR JCA
                                VC GEORGE JCA
                                ABDUL MALEK J

                Date      2 AUGUST 1995

                Citation                [1995] 3 MLJ 435


Catchwords:

Civil Law Act — Damages — Fatal accident — Deceased made no financial contribution to upkeep husband and infant son — Husband employed housekeeper to take care of son in lieu of services provided by deceased — Whether claimable — Whether action should be brought by administrator or by husband and son in their personal capacities — Civil Law Act 1956 s 7

Bahasa Malaysia Summary:

Pada 1 Mei 1986, isteri plaintif (‘si mati’) telah terbunuh di dalam suatu kemalangan jalanraya, dan meninggalkan seorang bayi lelaki. Kemalangan tersebut disebabkan semata-matanya oleh kecuaian defendan pertama. Plaintif telah memfailkan suatu guaman di mahkamah sesyen. Di dalam pernyataan tuntutan, telah dinyatakan dengan khususnya bahawa tindakan itu telah dibawa dalam keupayaannya sebagai pentadbir pusaka si mati di bawah s 7 Akta Undang-Undang Sivil 1956 (‘Akta tersebut’), bagi pihak dirinya sendiri sebagai suami si mati yang sah dan bagi pihak anak lelakinya. 

Semasa perbicaraan, plaintif telah memberi keterangan bahawa akibat kematian si mati, beliau terpaksa menggaji dan terus menggaji seorang pengurus rumah untuk menjaga anak lelakinya pada gaji bulanan sebanyak RM500. Hakim mahkamah sesyen memutuskan bahawa perbelanjaan bulanan sejumlah RM250 adalah munasabah untuk tempoh selama 111Ú2 tahun. Walau bagaimanapun, defendan telah merayu ke Mahkamah Tinggi atas alasan bahawa: (i) tiada award yang boleh dibuat atas alasan kehilangan perkhidmatan atau teman isteri di bawah s 7(3) yang terpinda, melainkan jika penuntut dapat menunjukkan bahawa pergantungan sebenar, iaitu beliau telah menerima sumbangan kewangan daripada si mati; dan (ii) plaintif dan anak lelakinya harus mendakwa secara berasingan di dalam keupayaan peribadi mereka sendiri untuk gaji pengurus rumah itu kerana ia merupakan suatu tuntutan untuk kerugian persendirian dan bukan untuk kehilangan sokongan.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan rayuan itu:

(1) (Oleh Mahadev Shankar HMR)Apa yang telah dimansuhkan oleh s 7(3)(iii) yang terpinda ialah award ganti rugi kepada seorang suami atas sebab semata-matanya bahawa beliau telah kehilangan perkhidmatan atau teman daripada isterinya. Walau bagaimanapun, di mana seorang suami bukan sahaja kehilangan isterinya, tetapi telah mengalami kerugian dari segi kewangan yang diakibatkan oleh kecuaian secara terus, kerugian tersebut boleh didapatkan kembali, walaupun isteri itu tidak membuat apa-apa sumbangan kewangan kepada suaminya. Ini adalah kerana s 7(3) memperuntukkan bahawa pihak yang cuai harus membayar pampasan kepada penuntut bukan sahaja untuk sebarang kehilangan sokongan, tetapi juga sebarang perbelanjaan munasabah yang dialami akibat kelakuan salah itu.

(2) Walaupun s 7(1) dan (2) merujuk kepada tindakan oleh wakil diri sebagai suatu tindakan perwakilan yang dibuat untuk faedah pasangan yang masih hidup, ibu bapa dan anak, s 7(3) dengan jelasnya membenarkan tuntutan kembali kesemua kerugian yang boleh dinyatakan kuantitinya yang disebabkan secara langsung oleh orang yang bersalah dan yang dialami oleh orang yang ditetapkan itu. Kehadiran s 7(3)(iii) yang secara khususnya membenarkan perbelanjaan pengembumian didapatkan kembali memperkukuhkan pendapat ini.

(3) Setiap kali ia boleh ditunjukkan oleh seorang ibu bapa, pasangan yang masih hidup atau anak bahawa kehilangan wang atau nilai wang yang boleh dikira telah dialami dan akan terus dialami sebagai akibat langsung kecuaian orang yang bersalah, kehilangan tersebut boleh didapatkan kembali walaupun tidak terdapat sumbangan kewangan terus yang dibuat oleh si mati kepada atau bagi pihak orang untuk mana tindakan itu dibawa.

Obiter:

Seksyen 7(3)(iii) tidak menghalang seorang anak daripada mendapat ganti rugi kerana kehilangan perkhidmatan dan teman dari ibunya.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam,. Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR