FOLLOWERS

Tuesday 7 January 2014

KEBEBASAN AKHBAR TAHI MINYAK? KAH KAH KAH !!!!!

MALAYSIAKINI

Banyak lemak...lesen majalah, cetak surat khabar

Isnin, 30 Disember 2013 23:46

 Erwin Joko AnwarinShare

Tindakan kerajaan menggantung ‘The Heat’ iaitu media berbahasa Inggeris yang berdaftar  sebagai  majalah  tetapi  telah  melanggar  undang-undang  dengan  menerbitkan akhbar,  mendapat  reaksi  ‘luarbiasa’  di  kalangan  segolongan  masyarakat  Malaysia, umumnya penyokong pembangkang, khasnya masyarakat Cina.

The  Heat  bukanlah  sebuah  akhbar  popular  malah  ramai  yang  tidak  pernah  mendengar mengenainya  sebelum  ini. Namun,  penggantungannya  dijadikan  isu  besar  oleh  golongan ini hanya  kerana  antara percetakan  terakhir  akhbar  tersebut merupakan  kritikan  terhadap isteri Perdana Menteri.Jelas,  yang ingin  dijadikan isu  di  sini  bukan  soal  penggantungan  The  Heat  tetapi  soal  apa yang  dicetak  oleh  akhbar  itu.  Tujuan  mereka  dengan  terus  memperkatakan  mengenai penggantungan  The  Heat  ialah  agar  dapat  memburukkan  Perdana  Menteri  serta  kerajaan Malaysia secara lebih ‘meluas’.Sebenarnya,  kebebasan  media  di  Malaysia  bukanlah  satu  perkara  yang  perlu diperdebatkan.Kewujudan  akhbar-akhbar  fitnah  dan  sampah  atas  nama  ‘pembangkang’ya

ng  bersepah dijual  sudah  cukup  untuk  membuktikan  bahawa  Malaysia  mengamalkan  kebebasan media  sewajarnya. Malah,  tidak  salah  jika  dikatakan  bahawa  media  Malaysia  telah dibiarkan  ‘terlalu  bebas’  sehingga  berani  menyebarkan  hasutan dengan  sewenang-wenangnya terutamanya melalui akhbar berbahasa Cina.

Lebih dari itu, Malaysia merupakan  satu-satunya negara yang memberi kebebasan kepada akhbar Cina untuk duduk sama taraf dengan akhbar perdana.Selama ini juga, akhbar-akhbar berbahasa Cina dan juga akhbar milik pembangkang adalah bebas  untuk  menyindir,  mengkritik,  mengecam  atau  mengutuk  Perdana  Menteri  Malaysia dan juga kerajaan sama ada secara halus, lantang, tersurat mahupun tersirat tanpa diambil apa-apa tindakan.  

Tidak  cukup dengan  tulisan, pihak yang  sama  juga menjadikan kutukan  terhadap Perdana Menteri  dan  kerajaan  Malaysia  sebagai  makanan  harian,  perisian  rohani dan  jasmani  di mana-mana saja sama ada di dalam atau di luar negeri.Jika  kerajaan  tidak  pernah  peduli  dengan  mereka  ini,  maka  kenapa  pula  kerajaan  perlu merasa ‘panas’ dengan The Heat seperti yang dicanangkan pembangkang? 

 Logiknya,  jika mereka  yang menyebarkan  fitnah  Altantuya  atau  cincin  berjuta milik  Datin Seri  Rosmah  masih  terus  hidup,  bebas  dan  merdeka,  maka  kenapa  pula  The  Heat  harus digantung hanya kerana mengkritik personaliti yang sama?Hakikatnya,  The  Heat  bukan  digantung  kerana  apa  yang  dicetaknya  tetapi  kerana melanggar  undang-undang.  

Walaupun  begitu,  kita  bersetuju  jika  kerajaan  bertegas menghukum media yang tidak bertanggungjawab menyebarkan  fitnah dan hasutan sesuka hati. Mungkin  dalam  soal  ini,  kerajaan  perlu  mencontohi  pembangkang  yang  sering membelakangkan  hak  kebebasan  media  sekiranya  media  itu  melaporkan  sebarang keburukan  parti  mereka.   

Bukan  rakyat  Malaysia  tidak  biasa  dengan  seruan  boikot Utusan  Malaysia  atau  TV3  oleh  pembangkang.   Kita  juga  biasa  melihat  pembangkang membuat ‘demo’ membakar akhbar yang ‘dimusuhi’ mereka.

Pembangkang  sering  mengugut  untuk  menyaman  mana-mana  media  yang  melaporkan keburukan mereka.Jangankan  melaporkan  keburukan  pembangkang,  bertanyakan  soalan  juga  tidak dibenarkan.  Itulah yang berlaku apabila Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, berhadapan dengan wartawan di mana beliau mengugut untuk menyaman wartawan sekiranya mereka mengulangi soalan yang tidak mampu dijawabnya.

Pembangkang  telah  biasa  menyeru  penyokong  mereka  agar  jangan  membaca  akhbar yang  bukan merupakan  pro  kepada  perjuangan mereka  sedangkan  kerajaan  tidak  pernah menghalang rakyat untuk membaca apa saja.Justeru,  melihat  dari  cara  pembangkang  menangani  isu  The  Heat  membuat  kita  semakin muak dengan parti itu. Hipokrasi pembangkang nampaknya tiada batasan.

 Pesan  kita,  sekiranya  ingin  berpolitik  pun,  janganlah  melanggar  undang-undang.  Bagaimana  kita  boleh  membayangkan  pembangkang  sebagai  pemerintah  jika sering menyokong dan melakukan perkara yang melanggar undang-undang?-30/12/2013

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR